Seorang wanita, Viola Smith yang kini berusia 106 tahun mungkin telah menemui rahsia untuk kekal sihat dan berumur panjang, iaitu dengan melakukan hobi yang digemarinya sejak muda lagi: bermain dram dan segelas wain merah!

Dia dilahirkan dengan nama Viola Schmitz pada 29 November 1912 di Mount Calvary, Wisconsin, di mana dia mempunyai seramai 10 orang adik-beradik.

Seluruh keluarganya belajar bermain piano dan pada tahun 1920-an, bapanya menggabungkan Viola bersama dengan 6 orang adik-beradik perempuannya yang lain bagi menubuhkan Smith Sisters Orchestra.

The Future Heart

Dia mula dikenali ketika mereka membuat persembahan di Major Bowes Amateur Hour, yang pada ketika itu berfungsi seperti America’s Got Talent versi radio pada tahun 1930-an.

Pada tahun 1938 pula, Viola dan pemain saksofon yang juga adik-beradiknya, Mildred, memulakan semula kumpulan orkestra dipanggil The Coquettes, di mana mereka menghiburkan orang ramai sehinggalah pada tahun 1942 iaitu pada ketika Mildred berkahwin.

Ketika bersama The Coquettes, nama Viola lebih dikenali berbanding sebelumnya kerana kumpulannya terdiri daripada wanita di era awal peperangan.

Selepas berpindah ke bandar New York, Viola berkolaborasi dengan Phil Spitalny, menerusi House Of Charm Orchestra – sebuah lagi orkestra wanita yang popular.

Kebolehannya untuk ‘membaca’ dan memainkan nota-nota muzik membolehkan dirinya muncul sebagai salah seorang pemimpin orkestra untuk NBC Sympony Orchestra.

Selepas membuat persembahan untuk majlis rasmi Presiden Harry Truman pada tahun 1949, Viola kemudian membentuk kumpulannya sendiri, Viola and Her Seventeen Drums, di mana ianya telah berubah kepada muzikal Broadway pula. Daripada situ, dia berperanan dalam produksi Cabaret.

The Future Heart

Viola merenung kembali tentang kerjayanya dan mengingati beberapa muzik legenda lain permah yang dimainkannya. Dia juga mengimbas kembali artikelnya dalam majalah Down Beat berjudul “Give the Musicians A Break!”, yang ditulisnya ketika Perang Dunia Kedua.

Dia kerap menjadi suara-suara wanita dalam muzik, selain berkempen untuk band-band yang kehilangan pemuzik lelaki (yang bertarung di Eropah) agar digantikan dengan pemuzik wanita. Artikel itu mencetuskan perdebatan di seluruh negara dan prasangka tentang para pemuzik wanita pada waktu itu.

Viola Smith dan 17 dramnya pada tahun 1941

The Future Heart

Dia yang muncul sebagai penghias muka depan majalah Billboard pada tahun 1940

The Future Heart

Menjelaskan mengenai kesihatan tubuh dan umurnya yang panjang, menurut Viola, dia hanya merokok sekali sekala dan dia percaya bahawa penglibatan dram di dalam hidupnya menjadikan dirinya sentiasa sihat dan cergas.

Viola Smith bersama dramnya ketika berusia 100 tahun

The Future Heart

Viola masih lagi meneruskan cintanya terhadap dram selain memberi inspirasi dan semangat kepada orang lain. Semoga Viola kekal sihat dan panjang umur untuk meneruskan perjuangannya!

Viola yang mencapai 106 tahun pada bulan November 2018

The Future Heart

Saksikan video Viola menunjukkan aksinya yang mantap bersama The Coquettes:

Sumber: The Future Heart , BoredPanda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular