Di mana enaknya nasi lemak jika tiada sambal yang ‘ummph‘, apalah ertinya mee siput goreng tanpa sambal? Pendek kata, bagi peminat sambal pasti berasa tidak lengkap makan tanpa sambal.

Untuk mendapatkan sambal yang enak, pelbagai resipi yang boleh ditemui di internet malah ada juga yang berkongsi petua tentang bagaimana hendak menyediakan sambal yang lazat.

Melihat sambal merah yang pekat ini pun sudah cukup mengiurkan bukan? Mari lihat petua sambal enak yang telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Rose Niey.

Rose Niey

Bahan-bahan:

  • 10 biji bawang merah kecil
  • 3-4 ulas bawang putih
  • Segenggam ikan bilis
  • 15 tangkai cili kering dikisar asing
  • Gula Melaka
  • Gula pasir
  • Asam gelugur
  • Garam

Cara-cara membuatnya:

1. Kisar bawang merah dan bawang putih bersama ikan bilis. Kisar kasar-kasar.

2. Kemudian, tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga sebati.

3. Masukkan gula melaka, gula pasir dan asam gelugur. Kacau sebati sehingga sambal hampir kering dan masukkan ikan bilis setengah mangkuk.

4. Akhir sekali, perasakan dengan garam secukupnya. Sambal siap dimasak.

Mudah bukan resipi ini? Pesan orang tua-tua, jika mahukan sambal tahan lebih lama dan tidak cepat basi, sambal perlulah dimasak dengan api kecil dan biarkan sehingga ‘terbit’ minyak. Selamat mencuba!

Sumber: Rose Niey/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular