Earl Patrick Forlales hanya berumur 23 tahun, walaupun masih muda, nampaknya beliau telah mendapat penyelesaian yang mungkin dapat menyelesaikan masalah perumahan golongan miskin. Malah, beliau baru sahaja mendapat pengiktirafan untuk ciptaannya yang cemerlang.

Forlales yang merupakan pelajar Ateneo de Manila University berjaya mencipta unit perumahan modular yang mudah dan menjimatkan kos yang dipanggil Cubo, menggunakan buluh sebagai bahan utamanya. Inspirasi di sebalik konsep itu, menurutnya, diambil dari bahay kubo, yang merupakan sebuah rumah yang popular di kawasan pedalaman di Filipina.

 

“Unit Cubo adalah sebuah studio berkeluasan tiga hingga empat meter yang bertujuan untuk memuatkan dua orang. Modul prefab hanya mengambil masa empat jam untuk dipasang di tapak dan hanya akan menelan kos kira-kira Php 4,200 (sekitar RM 335) bagi satu meter persegi,” menurut Forlales.

Cubo merupakan pemenang hadiah utama pertandingan ‘Cities for our Future‘ yang dianjurkan oleh Royal Institute of Chartered Surveyors (RICS) dan UK National Commission for UNESCO (UKNC). Forlales berjaya mengalahkan lebih daripada 1,200 peserta dan meraih hadiah yang berupa wang tunai sebanyak £ 50,00 (RM 260,000).

LifeGate

Kini Forlales berharap Cubo akan dapat membantu menyelesaikan masalah perumahan di kalangan masyarakat miskin di negaranya.

“Kami menjangkakan peningkatan sebanyak 2.5 juta pekerja pembinaan dalam tempoh tiga tahun akan datang berikutan projek infrastruktur swasta dan kerajaan. Tetapi sekarang, Metro Manila kekurangan sebanyak 645,000 rumah. Jadi persoalan yang saya bertanya kepada diri sendiri apabila membangunkan konsep itu ialah: Di manakah orang-orang ini akan tinggal? Jika kami dapat mengejar permintaan, kami memerlukan penyelesaian yang cepat dan murah untuk membina, selesa dan kukuh kerana perkara terakhir yang kita mahukan adalah penyelesaian dalam bentuk banduan,” jelasnya.

Pada masa ini, beliau membina pasukannya untuk memastikan visinya akan berubah menjadi realiti. “Impian saya? Menjadikan Filipina bebas daripada kawasan setinggan. Bagi diri saya sendiri, saya hanya mahu melakukan sesuatu yang akan memberi kesan yang baik kepada kehidupan rakyat,” katanya.

Sumber: Elite Reader

Maybe you're interested :

Share

Video Popular