PUTRAJAYA – Penumpang Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter warga Malaysia akan menikmati diskaun tambang sebanyak 20 peratus mulai 1 April 2019. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook membuat pengumuman tersebut pada 20 Februari.

Perkara itu telah diputuskan dalam mesyuarat kabinet pada 20 Februari susulan cadangan kementerian itu pada mesyuarat Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara minggu lepas bagi meringankan masalah kos sara hidup pengguna komuter.

Malay Mail / Gambar Hiasan

Menurutnya, inisiatif itu akan memanfaatkan kira-kira 94,000 penumpang setiap hari di lima jajaran iaitu :

Padang Rengas-Butterworth

Butterworth-Padang Besar

Port Klang-Tanjung Malim

Seremban-Batu Caves

Sungai Gadut-Tampin

The Star / Gambar Hiasan

Katanya, “Bagi warganegara Malaysia yang menggunakan sistem transaksi tanpa wang di stesen-stesen komuter, mereka sudah pun menikmati diskaun 20 peratus dan akan mendapat tambahan 20 peratus yang telah diputuskan. Jadi mereka mendapat diskaun sehingga 40 peratus.”

Menurut Anthony Loke lagi “Ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada penumpang yang menggunakan komuter secara harian. Ia adalah inisiatif kerajaan memandangkan faktor kos pengangkutan merupakan faktor ketiga tertinggi yang menyumbang kepada kos sara hidup.” 

lcct.com.my/ Gambar Hiasan

Anthony Loke berkata pemberian diskaun 20 peratus itu dijangka menyebabkan pengurangan hasil sebanyak RM43 juta setahun kepada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan ini akan ditanggung oleh Perbadanan Aset Keretapi (RAC).

Beliau turut menegaskan diskaun tambang KTM sebanyak 20 peratus tersebut hanya layak diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja.

KLIA2 / Gambar Hiasan

Anthony Loke berkata inisiatif pemberian diskaun itu diharapkan dapat meningkatkan jumlah penumpang KTM Komuter antara 120,000 ke 130,000 pengguna.

Tambahnya lagi, “Tujuan kami memberi diskaun ini antara lain untuk ‘menarik penggunaan komuter’. Sejak kebelakangan ini, jumlah pengguna menggunakan komuter telah berkurangan disebabkan oleh projek menaik taraf landasan keretapi yang telah menyebabkan kekerapan tren di stesen-stesen telah berkurangan.”

wiser.my /Gambar Hiasan

Anthony Loke berkata, “Kalau dulu kena tunggu 20 minit, sekarang kena tunggu 40 minit. Ramai orang merungut kerana tren lambat.”

Dalam perkembangan lain, Anthony Loke berkata pihaknya sedang merancang untuk menambah perkhidmatan bas perantara Stesen Transit Aliran Massa (MRT) ke kawasan perumahan termasuk di Semenyih setelah menerima aduan akan keperluan kekerapan perkhidmatan bas tersebut ke stesen MRT.

Sumber : Bernama

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular