Satu projek besar-besaran pembinaan replika kapal termasyhur Titanic sedang berjalan dengan lancar dan hampir disiapkan mengikut jadual selepas para pelabur terus menyumbang jutaan ringgit bagi menyiapkan replika kapal ini seperti reka bentuk asal untuk sebuah taman tema mega di Sichuan, China.

Satu rakaman pandangan imej dari udara telah mendedahkan rangka replika kapal ini telah disiapkan sepenuhnya dengan fasa seterusnya sedang dalam pembinaan, sejak projek ini dimulakan pada tahun 2016.

Replika kapal mewah Titanic ini direka sama seperti salinan asal cetakan biru kapal RMS Titanic yang telah karam pada tahun 1912 mengorbankan 1,500 orang mangsa bersamanya.

Getty Images

Pandangan dari udara menunjukkan replika kapal Titanic dengan saiz sebenar sedang dalam pembinaan di tebing Sungai Qijiang di Daerah Daying pada 15 Februari, 2019.

Getty Images

Replika Titanic sedang dibina di Suining yang terletak di barat daya China, memasuki fasa seterusnya selepas sebahagian pembinaan yang sudah disiapkan.

Getty Images

Sebanyak enam daripada sembilan dek kapal mewah ini telah dibina bermula pada tahun 2017 dan selebihnya dijangka akan disiapkan pada tahun ini. Replika kapal ini akan mengekalkan ciri-ciri yang sama seperti kapal Titanic yang asal.

Getty Images

Syarikat yang mengendalikan projek mega ini, Romandisea memberi kenyataan pada tahun 2017, para pekerja sedang bekerja bertungkus lumus selama 24 jam bagi menjayakan projek menyiapkan kapal ini mengikut perancangan dan sasaran awal.

Getty Images

Gambar yang diambil pada 14 September 2017 menunjukkan salah seorang pekerja pembinaan sedang bekerja menyiapkan replika kapal mewah Titanic.

Getty Images

Syarikat Romandisea sedang dalam perancangan untuk memperkenalkan stimulasi berteknologi tinggi bagi membolehkan para pengunjung dan pelancong merasai sendiri gegaran ketika saat kapal ini berlanggar dengan aisberg seperti yang dialami pada tahun 1912.

Getty Images

Replika kapal legenda Titanic yang telah karam pada 15 April, 1912 selepas berlanggar dengan aisberg akan menjadi sebahagian tarikan utama bagi taman tema terbaru di Sichuan, China.

Getty Images

Apabila projek ini telah berjaya dilancarkan dengan pembinaan separuh siap, para pelabur mula membuat perancangan untuk memperkenalkan stimulasi berteknologi tinggi kepada para pelancong untuk menghidupkan kembali saat kapal ini dilanggar aisberg yang telah menyebabkan kapal ini karam.

Getty Images

Walau bagaimanapun, idea menyertakan stimulasi pengalaman dilanda aisberg ini telah dibantah oleh kebanyakan pihak terutama daripada waris mangsa.

Getty Images

Jurucakap bagi syarikat Romandisea berkata replika kapal mewah yang megah dan berstatus legenda ini akan memberi pengalaman kepada para pengunjung dan pelancong dengan ‘rasa kepuasan secara spiritual’.

REX Shutterstock

Projek pembinaan replika kapal Titanic dengan impian dan harapan yang tinggi ini menelan perbelanjaan sebanyak RM665 juta dan akan ditempatkan di Sungai Daying Qi di Sichuan, China apabila pembinaan kapal ini siap dengan sepenuhnya. Kos pembinaan kapal mewah Titanic yang asal pada tahun 1912 adalah kira-kira RM176 juta.

REX Shutterstock

Rekaan seni bina dan hiasan dalaman seperti laluan tangga utama yang masyhur akan dibina mengikut reka bentuk asal.

REX Shutterstock

Replika kabin kelas pertama pula akan dibina mengikut reka bentuk seperti mana yang dipertontonkan dalam filem Titanic pada tahun 1997.

REX Shutterstock

Ahli keluarga dan waris mangsa berkata replika kapal mewah malang ini tidak akan sama dan menetapi situasi yang pernah dialami oleh ibu bapa dan nenek moyang mereka pada masa itu.

Bagi para tetamu yang mahu menginap dan bermalam di dalam kapal ini, bayaran sebanyak RM1,674 (3,000 yuan) akan dikenakan sementara bilik mewah paling mahal akan menelan belanja sekitar RM59,810 (100,000 yuan).

REX Shutterstock

Replika kapal mewah ini akan mengikut salinan yang sama dalam setiap aspek secara terperinci seperti mana kapal Titanic yang berlayar pada tahun 1912.

REX Shutterstock

Replika kapal mewah Titanic versi tahun 2019 adalah milik syarikat Romandisea Seven Star International Cultural Tourism Resort yang berpangkalan di Suining, barat daya China.

Daily Mail

Kapal mewah RMS Titanic yang asal sedang melakukan pelayaran sulung dari Southampton ke New York apabila telah karam pada 15 April 1912 selepas baru melakukan pelayaran selama lima hari.

Shutterstock

Seramai 1,500 orang telah terkorban bersama tenggelammya kapal tersebut di Lautan Atlantik. Kapal ini menjadi legenda paling popular selepas filem Titanic yang menjadi box office pada tahun 1997, dengan pelakon Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet mempunyai jutaan peminat di China.

Sumber : Daily Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia BISNES GLOBAL

Video Popular