Kedai Ibu Yunlin adalah sebuah kedai menjual mi yang terletak bersebelahan Universiti Sains dan Teknologi Huwei di Taiwan. Kedai milik seorang warga emas berusia 86 tahun ini dilaporkan telah dibuka dan beroperasi selama lebih 10 tahun, dan mempunyai ramai pelanggan tetap yang menyukai hidangan mi nenek ini.

Pemilik kedai ini sudah berusia dan kehidupannya begitu bersederhana serta aktif dengan tiada siapa mengetahui latar belakangnya walaupun namanya sekali pun. Atas sebab itu, dia hanya mahu dikenali dengan panggilan nenek atau ibu.

Facebook

Nenek ini begitu pemurah kerana sejak membuka kedai mi ini lebih 10 tahun yang lalu, dia tidak pernah menaikkan harga semangkuk mi walaupun harga barang di pasar semakin meningkat. Semangkuk mi hanya dijual dengan harga 10 yuan (RM6.00), manakala harga mi sup dan nasi dijual dengan harga 20 yuan (RM12.00). Semuanya kerana dia berpendapat dengan harga itu sahaja semua pelajar akan mampu membeli dan merasai hidangan mi buatan tangannya yang lazat.

Hidangan mi itu tetap berasa sama, lengkap dengan sebiji telur dan tauhu lembut walaupun berharga murah. Nenek ini begitu bermurah hati dan tidak pernah memikirkan keuntungan walaupun dia tahu akan mengalami risiko menanggung kerugian. Tetapi rezekinya tetap murah setiap hari dan tidak pernah mengalami sebarang masalah perniagaan.

Facebook

Bukan sahaja kerana para pelajar di universiti itu dianggap seperti cucunya sendiri, tetapi nenek ini begitu prihatin akan masalah ekonomi, kesusahan dan kekurangan orang lain. Beberapa pertubuhan dilaporkan ingin membantu dan melaporkan kebaikan hati nenek mereka, tetapi nenek ini meminta supaya tidak berbuat demikian.

Oleh kerana nenek ini sangat baik hati kerana sentiasa menjaga kebajikan serta memberi makan kepada para pelajar dan pelanggan tetap lain, empat orang pelajar dari Universiti Hu Keda iaitu dari lokasi lama kedai nenek, telah membuat keputusan merakamkan perjalanan dan rutin nenek ini sebelum dia memulakan perniagaannya pada siang hari.

YouTube

Satu dokumentari dengan tajuk “Changchun No.36” yang merupakan lokasi kedai lamanya di Universiti Hu Keda itu telah dirakam dan disunting oleh para pelajar ini yang menunjukkan rutin harian nenek yang aktif.

Bermula pada awal pagi, nenek ini telah memulakan harinya dengan menaiki basikal untuk membeli barangan keperluan bagi perniagaannya. Dia akan membuat pesanan serta membeli sayur-sayuran dan daging yang akan dihantar oleh pembekal ke kedainya selepas itu. Sebelum sampai di pasar, nenek akan singgah di beberapa kuil dan berdoa akan keselamatannya dan semua orang.

Youtube

Kira-kira jam 4 atau 5 pagi, nenek ini perlu bergegas pulang ke kedai untuk menyediakan bahan-bahan bagi membuat mi. Nenek sangat sibuk dan tidak berhenti bekerja sehingga waktu tengah hari apabila kesemua mi akan habis dijual. Kehidupan ini amat sukar bagi seorang nenek dengan keadaan fizikal yang semakin lemah, namun dia sentiasa gembira dan tidak pernah merungut.

Oleh kerana para pelanggan kedai mi ini tahu yang pemiliknya sudah tua, ada di antara mereka yang akan membasuh pinggan mangkuk sendiri dan meletakkan bayaran dengan jujur di kaunter bayaran semasa nenek sedang sibuk di dapur menyediakan hidangan mi untuk pelanggan lain. Mereka sudah biasa dengan nenek ini dan melayannya seperti keluarga.

Facebook

Nenek ini bukan sahaja membuat perut para pelajar berasa kenyang setiap hari, tetapi juga seorang pendengar masalah yang baik. Dia akan mendengar keluhan mereka sekiranya pelajar ini mempunyai masalah di dalam kelas. Sesiapa sahaja boleh bercakap dengan selesa di hadapan nenek yang peramah.

Facebook

Bagi nenek ini, para pelajar itu seperti cucu-cucunya yang sentiasa menemaninya dan memberinya semangat setiap hari, membuatnya terlupa untuk terasa letih dan menjadikannya nenek paling gembira di Taiwan.

YouTube

Berkunjung ke kedai mi nenek ini sama seperti berada di rumah sendiri. Nenek ini melayan semua orang dan para pelanggannya seperti keluarga sendiri. Bukan hanya sekadar menghidangkan mi yang yang lazat dan murah kepada para pelanggan, tetapi memberinya dengan luahan rasa kasih sayang. Membuat semua orang sayang kepada ‘nenek’ mereka.

Lihat video dokumentari ini di bawah.

YouTube

Sumber : YouTube , Beautiful Life Daily

Maybe you're interested :

Share

Video Popular