Abigail Arias, 6 tahun dari Texas merupakan seorang penghidap kanser yang berhasrat mahu menumpaskan penjenayah dengan menjadi seorang pegawai polis.

“Saya menghidap kanser. Penjenayah ada di dalam paru-paru saya,” kata Abigail yang menghidap kanser tumor Wilms iaitu sejenis kanser yang bermula daripada buah pinggang. Keluarga Abigail baru-baru ini diberitahu bahawa kanser tersebut boleh membawa maut.

Pada Disember tahun lalu, Abigail bertemu dengan Ketua Polis Freeport, Ray Garivey dan dalam masa yang singkat mereka berdua membina persahabatan.

Abigail memberitahu Encik Garivey bahawa dia sentiasa mahu menjadi seorang pegawai polis. Terkesan dengan semangat yang ditunjukkan oleh Abigail, Encik Garivey mahu menjadikan impian kanak-kanak itu satu kenyataan lalu merancang sebuah majlis khas untuk Abigail.

Abigail yang kelihatan manis dengan pakaian seragam yang direka khas untuknya berdiri di atas kerusi kecil untuk mengangkat sumpah sebagai pegawai Jabatan Polis Freeport. 

Majlis itu turut dihadiri oleh ahli keluarga Abigail serta rakan-rakan pegawai polis dari seluruh Texas.

“Semangatnya, kekuatannya, keinginannya untuk berjuang, itulah yang kami percaya. Anda perlu bertemu dengannya untuk memahami betapa hebat dan mengagumkan wanita muda ini.” kata Encik Garivey.

Dalam satu catatan Facebook, jabatan polis Freeport mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan majlis tersebut.

Mari saksikan video majlis angkat sumpah Abigail sebagai pegawai polis yang cukup menyentuh hati dan memberi inspirasi kepada semua orang.

Sumber: BBC

Maybe you're interested :

Share

Video Popular