Melipat kertas origami dalam pelbagai bentuk dan objek seperti ‘orizuru’ atau burung kertas sudah menjadi tradisi sejak zaman berzaman bagi masyarakat Jepun. Di Jepun, aktiviti melipat ribuan kertas menjadi pelbagai objek merupakan salah satu cara atau usaha seseorang untuk pulih daripada penyakit atau mengurangkan penderitaan. Di Jepun, lipatan ‘orizuru’ atau burung kertas memberi simbol keamanan dan hasrat yang baik.

Seorang artis di Jepun bernama Naoki Onogawa telah melipat ribuan origami burung kertas berbentuk miniatur dan membentuknya menjadi satu hasil seni yang mengagumkan sehingga membawanya kepada satu bentuk ciptaan dengan tahap kreativiti yang luar biasa.

Naoki Onogawa telah membentuk burung kertas miniatur ini dengan pemasangan seperti ribuan daun sehingga membentuk pohon bonsai yang comel dikenali sebagai ‘Omaki’. Rupa pohon bonsai yang sangat halus dan teliti pada asalnya dihasilkan daripada lipatan 3,000 burung kertas miniatur.

Rupa pepohon bonsai daripada lipatan burung kertas yang penuh fantasi dan romantik serta berdaya imaginasi tinggi.

Melihat pandangan dari atas dan secara dekat, seperti sejumlah besar burung kertas miniatur yang sedang terbang mengelilingi dan hinggap di atas sebatang pokok.

Lipatan burung kertas miniatur berwarna merah cerah membentuk pohon bonsai dengan daun mapel pada musim luruh.

Origami dalam bentuk orizuru membentuk lipatan burung kertas mini dengan saiz 1 sentimeter, menunjukkan kepakaran artis ini dalam seni origami yang amat luar biasa dan mengagumkan.

Lipatan burung kertas miniatur berwarna oren sebagai pohon bonsai yang melambangkan kehidupan yang ceria, riang gembira dan penuh bertenaga.

Pohon burung kertas miniatur berwarna merah jambu melambangkan bunga ceri pada musim bunga dalam suasana romantik.

Pohon burung kertas miniatur berwarna putih melambangkan jiwa seseorang yang suci, asli dan indah.

Kombinasi pohon bonsai burung kertas dengan warna emas dan biru melambangkan seorang berdarjat tinggi dan penuh elegan.

Kesemua hasil kerja seni Naoki Onogawa begitu sempurna, teliti dan mengagumkan.

Melihat hasil kerja artis hebat ini secara dekat akan membuat kita berasa kagum dengan ketelitiannya menghasilkan origami burung kertas miniatur. Pemikiran yang sungguh luar biasa.

Pohon bonsai burung kertas miniatur ini amat sesuai dijadikan perhiasan sebagai penyeri hiasan dalaman yang indah di dalam rumah.

Naoki Onogawa berkata, “Sejak zaman dahulu kala, masyarakat Jepun sudah lama memberi perhatian kepada alam semula jadi yang menakjubkan, tabah mengatasi ketakutan kami dari bencana yang datang bersama keindahan alam semula jadi. Kami menghormati alam semula jadi dan hidup harmoni bersamanya. Pokok itu adalah simbol utama alam semula jadi yang mempunyai kehidupan dan kuasa.”

Tambah Onogawa, “Saya cuba mencipta pohon bonsai ini menerusi hasil seni yang boleh memberi kuasa. Saya berharap menerusi hasil kerja seni ini, setiap orang boleh merasai kuasa itu di dalam kehidupan mereka.”

Pohon bonsai burung kertas miniatur yang dicipta oleh Naoki Onogawa begitu unik dan sangat indah sehingga apabila melihatnya dengan teliti, ia akan membuat kita merasai jiwa dan makna yang telah dicurahkannya di dalam kehidupan.

Sumber : Naoki Onogawa / Instagram, Page Cup , Cocomy

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular