Di India, seorang anak muda berusia 25 tahun telah mencipta kejayaan besar apabila menjadi tokoh dalam bidang teknologi dan juga pengasas serta CEO dalam syarikat rangkaian hospitaliti terbesar negara iaitu OYO.

Pada tahun lalu, usahawan bernama Ritesh Agarwal itu telah diiktirafkan sebagai tokoh berjaya yang mempunyai nilai sebanyak RM1.48 bilion!

CNBC

Dalam tempoh enam tahun sahaja, Agarwal telah mengubah perniagaan tempahan penginapan murah yang kini berkembang di tujuh buah negara dengan lebih 13,000 kemudahan tempat penginapan.

Dalam proses berkenaan, Agarwal yang sejak kecil bercita-cita untuk membina kerjaya dalam dunia perniagaan telah mengambil keputusan untuk menyediakan kemudahan tempat penginapan murah dan berpatutan.

Tiada siapa menyangka seseorang yang dilahirkan dalam keluarga kelas pertengahan di sebuah pekan kecil mampu mencipta kejayaan luar biasa seperti ini. Malah menurut Agarwal, dia kekal bersemangat dan terinspirasi untuk mengecapi kejayaan atas nasihat daripada salah seorang idolanya iaitu pengasas bersama PayPal, Peter Thiel.

FinanceYahoo

“Atas didikan beliau, pandangan saya tentang dunia mula berubah dan beliau memberikan saya perspektif baru tentang bidang keusahawanan”.

Menurut CNBC, Agarwal merupakan salah seorang alumni bagi sebuah program yang dilancarkan oleh Thiel pada tahun 2010 untuk mengasah bakat teknologi dalam kalangan belia muda dikenali sebagai Thiel Fellowship.

Pada tahun 2013, Agarwal baru berusia 19 tahun dan telah diterima untuk menyerati program selama dua tahun itu. Di sanalah beliau mula mengembangkan idea untuk menjadikan OYO sebuah jenama global…

magazinepost

“Saya belajar untuk mempercayai kuasa idea yang unik daripada cuba untuk membina syarikat Amerika atau China dalam versi India”.

Menjelang tahun 2018, OYO telah diiktiraf sebagai syarikat baharu yang menerima bilangan permohonan kerja nombor satu di India. Pada Januari tahun ini, OYO ditempatkan pada kedudukan 3.5 daripada 5 dalam laman carian pekerjaan, Glassdoor.

magazinepost

Kini, Agarwal mempunyai lebih daripada 10,000 tenaga kerja dan beliau turut menggalakkan setiap individu untuk memegang tanggungjawab pemilikan terhadap projek masing-masing.

“Nasihat saya kepada orang lain dalam situasi yang sama adalah untuk mempercayai naluri seseorang, bersifat terbuka untuk belajar dan mengembang dan yang paling penting adalah mengelilingi diri anda dengan mereka yang sentiasa dipenuhi idea atau wawasan”.

OYO 220 Hotel Sri Maluri, Kuala Lumpur

Trip Advisor

Tambahnya lagi, “Saya rasa aspirasi dan keazaman untuk berkembang dalam kalangan anak muda India akan mendorong kepada ekosistem yang baru dan berjaya”.

Sumber: CNBCSinchew

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES GLOBAL INSPIRASI

Video Popular