Sejurus anak-anak membesar, keupayaan mereka untuk belajar adalah sangat memberangsangkan. Jika anda mendidiknya pada ketika ini, pembelajaran berkenaan dikatakan lebih berkesan daripada proses pembelajaran mereka ketika mereka dewasa kelak.

Pakar mengatakan bahawa mendidik anak-anak ketika mereka masih kecil adalah sangat berguna untuk masa depannya nanti. Jadi, kami akan kongsikan kepada anda 10 perkara penting yang perlu diajar oleh ibu bapa kepada anak masing-masing:

#1. Bahasa kedua

 

Play-Fun-Learn

Satu kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mempelajari bahasa kedua mampu menerima perubahan dalam hidup dengan cepat, selain mempunyai pemahaman bahasa dan kekuatan memori yang lebih baik. Mereka juga mempunyai banyak pilihan dan mampu menghapuskan sekatan bahasa. Pakar juga berkata bahawa ia mungkin mampu melewatkan penyakit Alzheimer ketika tua kelak.

#2. Kebersihan

 

Hipwee

Aspek kesihatan dan tabiat seseorang juga sangat penting. Ini kerana ia membantu kanak-kanak agar mempunyai peraturan yang perlu diikuti ketika membesar. Malahan di sesetengah negara, aktiviti pembersihan dimasukkan di dalam sistem pendidikan mereka.

#3. Berenang

© nurseryart / Pexels

Berenang bukan sahaja membuatkan tubuh menjadi lebih sihat bahkan mampu menguatkan koordinasi anggota badan dan perkembangan minda. Belajar berenang juga membolehkan anak anda menguasai satu kemahiran berguna yang mungkin dapat menyelamatkan nyawanya pada masa akan datang.

#4. Memberi arahan

© bn-812947 / Pexels

Menggalakkan kanak-kanak mempelajari aspek ini adalah sangat bermanfaat untuk perkembangan minda mereka selain menjadikan mereka lebih berkeyakinan. Kajian mengatakan bahawa seseorang yang mempunyai deria petunjuk arah yang baik bukan sahaja mempunyai tahap keyakinan yang bagus tetapi ia membantu dalam proses membuat keputusan.

#5. Menguasai instrumen

 

Istiana Sutanti

Kajian yang diterbitkan pada jurnal saintifik mendapati bahawa mempelajari cara bermain instrumen dapat membaiki kemahiran auditori dan melambatkan proses penuaan. Hal ini kerana dengan bermain instrumen, ia akan merangsang sesetengah bahagian otak seperti aspek pendengaran, pergerakan dan persepsi. Dewasa kelak, mereka juga akan mempunyai kemahiran komunikasi dan tahap kreativiti yang baik.  

#6. Memasak

 

tes.com

Bermasak bersama anak-anak berupaya menggalakkan hubungan erat antara anak dan ibu bapa. Anda boleh meminta mereka menyusun dan membasuh pinggan, selain mengajar mereka membuat makanan mengikut resipi agar mereka tahu akan kepentingan mengikut arahan. Arahan pula perlulah mengikut kesesuaian umur anak anda.

#7. Menari

© dimitrisvetsikas1969 / Pixabay

Aktiviti menari membantu kanak-kanak berkomunikasi dan mengekspresikan emosi mereka dengan pergerakan tubuh. Mereka juga boleh mengembangkan tahap kreativiti, kemahiran sosial, keupayaan atletik di samping membina keyakinan diri. Pada masa yang sama, kanak-kanak juga akan memahami akan kepelbagaian budaya.

#8. Pengurusan kewangan

 

LyndaCheLah.com

Semua individu tidak terkecuali untuk berhadapan dengan tanggungjawab kewangan, bukan? Oleh itu, jika tabiat pengurusan wang yang bagus tidak dipupuk sejak awal, maka mereka cenderung untuk melakukan kesilapan apabila mereka dewasa dan dikelilingi dengan segala ujian kelak.

#9. Kitar semula

 

Utusan Online

Memupuk tabiat baik sebegini sejak mereka kecil mampu mewujudkan persekitaran yang lebih baik dan bersih untuk generasi akan datang. Dengan mengajar mereka cara untuk menggunakan sisa sampah, ia dilihat mampu merangsang kreativiti kanak-kanak dan imaginasi mereka. Ibu bapa juga perlu menerangkan kepada mereka tentang pengetahuan berkaitan dengan penggunaan dan cara melindungi alam sekitar.

#10. Ekspresi perasaan

 

Pa&Ma

Walaupun kebanyakan kanak-kanan sentiasa berasa gembira, adalah penting untuk para ibu bapa memberitahu mereka bahaw tiada kebahagiaan yang berpanjangan di dunia ini, dan situasi ini tidak boleh dielakkan. Daripada kecil algi, mereka perlu tahu cara untuk meluahkan perasaan dan cara untuk mengatasi emosi yang mereka rasa.

Sumber: Cocomy

Maybe you're interested :

Share

Video Popular