Tiga tahun yang lalu, seorang lelaki bernama Jeff Long sedang berjalan di sekitar rumahnya di Florida dan secara tidak langsung, dia ternampak ‘sesuatu’ yang bakal mengubah kehidupannya. Jeff sebenarnya terjumpa anak tupai yang sedang berjuang untuk terus hidup dalam keadaan cuaca panas di Florida.

Dia kemudian berasa bahawa dia perlu mengangkat makhluk kecil berkenaan bagi membantunya. Walau bagaimanapun, Jeff sedar bahawa peluang anak tupai itu untuk hidup adalah tipis.

Tetapi Jeff tetap membawanya pulang ke rumah. Kini, anak tupai yang suatu ketika dahulu mengalami masa-masa sukar dalam hidupnya, hidup dengan sihat dan menjadi sebahagian daripada keluarga Jeff. Mereka memberi nama Biscuits kepada anak tupai berkenaan.

Difahamkan bahawa tempoh untuk Biscuits pulih sepenuhnya adalah 3 bulan dan nampaknya sekarang Biscuits dan Jeff tidak ubah seperti pasangan yang tidak boleh berenggang.

Siapa sangka makhluk sekecil ini berjaya bertahan dalam keadaan yang sukar

Jeff telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dalam membesarkan Biscuits

Dia akan membawa Biscuits ke mana sahaja dia pergi…

Sehinggakan orang ramai beranggapan bahawa Jeff mengalami kesukaran untuk bercinta

Walau apa-apa pun, Biscuits tetap comel!

Ikatan antara Jeff dan Biscuits amat bermakna dan mungkin ada segelintir daripada kita kurang percaya bahawa hubungan sebegini wujud

Kerana mungkin orang percaya ianya hanya wujud di dalam filem sahaja

Anjing peliharaan Jeff juga menganggap bahawa Biscuits bersifat menyenangkan

Hubungan antara manusia dan haiwan sebegini adalah sangat luar biasa. Jeff sememangnya merupakan seorang insan yang baik hati

Sumber: Elite Reader

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular