TELUK INTAN – Jabatan Kesihatan negeri dan pihak polis telah menjalankan siasatan di sebuah premis makanan selepas beberapa orang pelanggan mengadu menjadi khayal selepas menikmati makanan di restoran berkenaan pada 20 Februari yang lalu.

Live Less Ordinary

Berdasarkan maklumat awal yang diterima, pihak polis percaya berlaku penggunaan bahan terlarang di dalam masakan setelah tular satu insiden mengenai seorang anggota polis yang disahkan positif kandungan dadah dalam air kencingnya. Setelah disiasat dengan lebih lanjut, tiga lagi anggota yang bersama-sama mangsa menikmati makanan di restoran tersebut turut disahkan positif.

Justeru, pegawai Kementerian Kesihatan bersama-sama dengan polis telah bekerjasama melakukan pemeriksaan di restoran itu dan merampas beberapa jenis masakan seperti lauk berkuah, ayam goreng serta sayuran. Malah, tiga pekerja restoran yang merupakan seorang tukang masak dan dua pembantu turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Sinar Harian

“Pemilik premis memaklumkan masakan tidak menggunakan sebarang bahan terlarang atau mengkhayalkan. Namun, bahan masakan seperti kas-kas ada digunakan sedikit oleh tukang masak.”

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak iaitu Superintendan Yahaya Hassan berkata, “Kesemua sampel makanan yang dirampas dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh untuk dianalisa dan polis menahan tiga pekerja premis berkenaan yang berusia lingkungan 30 tahun hingga 70-an selepas ujian saringan awal air kencing yang dijalankan mendapati mereka positif dadah disyaki opiat.”

Tambah Yahaya, “Kes ini disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.”

Sumber: Sinar HarianBH Online

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular