Setiap kali ke pasar malam, kita pasti akan membeli beberapa juadah kegemaran sepanjang masa seperti jagung bakar, apam balik, takoyaki dan juga ayam gunting. Terliur pula rasa apabila memikirkan juadah pasar malam yang enak dan menyelerakan ini…

Di antara keempat-empat makanan itu, ayam gunting adalah yang paling digemari oleh seisi keluarga. Memang sedap kalau dapat menikmati kelazatan ayam gunting ketika ia masih panas.

Jadi, bagaimana caranya untuk tetap menikmati ayam gunting tetapi dengan bajet yang jauh lebih rendah? Caranya mudah sekali, buat sahaja ayam gunting sendiri di rumah!

Mingguan Wanita

Kami akan mengongsikan kepada pembaca semua resipi oleh Are Peace yang dikatakan diperoleh daripada seorang peniaga ayam gunting. Apa yang lebih mengujakan adalah resipi ini turut mendedahkan rahsia untuk menghasilkan serbuk taburan ayam gunting yang istimewa ini!

A. AYAM GUNTING

Mingguan Wanita

Bahan-bahannya

  • Isi ayam yang dipotong nipis
  • 1 kotak kecil tepung ayam goreng
  • 1 1/2 cawan serbuk roti
  • 1 biji telur

Cara membuatnya

  1. Langkah pertama adalah anda perlu mencampurkan serbuk roti bersama dengan tepung sehingga sebati. Setelah itu, bedakkan ayam anda
  2. Celup ayam ke dalam campuran telur sebelum dimasukkan kembali ke dalam campuran tepung tadi. Goreng dalam minyak yang panas
  3. Angkat dan toskan. Pastikan anda menggoreng satu persatu ayam itu

B. SERBUK AYAM GUNTING

Mingguan Wanita

Bahan-bahannya

  • 1 kiub ayam
  • 2 sudu besar serbuk paprika
  • Separuh paket keropok Twisties
  • 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar gula

Cara membuatnya

Kisar kesemua bahan di atas dan taburkan pada ayam gunting yang telah digoreng tadi

 

Mudah dan jimat bukan? Selamat mencuba!

Sumber: Are Peace/FacebookMingguan Wanita

Maybe you're interested :

Share

Video Popular