Adakah anda seorang pengayuh basikal yang tegar? Jika ya, adakah anda salah seorang daripada mereka yang akan menyimpan basikal kesayangan di dalam setor apabila tibanya musim salji, hujan dan sebagainya? Nah, sebuah bandar di Finland ini adalah bukti nyata bahawa cuaca yang buruk tidak akan memberi kesan kepada pengayuh basikal mahupun mana-mana aktiviti luar yang lain.

pekkatahkola

Pekka Tahkola, seorang jurutera kesejahteraan bandar untuk Navico Ltd. dan koordinator basikal untuk Bandar Oulu, mengambil gambar tempat letak basikal di sekolah tempatan ketika cuaca berada pada bacaan -17 °C baru-baru ini untuk menunjukkan bahawa tidak kira apa jua keadaan, tiada apa yang boleh menjauhkan kanak-kanak dari basikal mereka.

pekkatahkola

Walaupun mungkin kelihatan aneh bagi sesetengah ibu bapa untuk membiarkan anak-anak mereka menggunakan basikal ketika cuaca sebegitu, yang mana anak-anak terdedah kepada kesejukan musim sejuk di utara, di Finland bagaimanapun adalah perkara biasa yang normal dan sihat.

pekkatahkola

pekkatahkola

“Kami menganjurkan lawatan belajar untuk peserta dari Finland Selatan untuk melihat bagaimana penduduk yang berbasikal ke sekolah dijaga di bandar kami,” kata Pekka kepada laman web MNN. “Kami melawat beberapa buah sekolah dan bercakap dengan ramai guru dan pengetua tempatan. Saya cukup yakin sekolah ini adalah antara yang terbaik. Sudah tentu bukan satu-satunya, dan terdapat banyak sekolah di Oulu di mana majoriti kanak-kanak mengayuh basikal dan berjalan kaki ke sekolah.”

pekkatahkola

“Ini adalah perkara biasa; selalunya memang sebegini. Saya berbasikal dan menggunakan peluncur kaki ke sekolah ketika saya masih kecil,” katanya. “Dan perkara yang sama berlaku walaupun dalam bacaan cuaca -30 °C.”

TapioKettunen

Ternyata, kiriman ini mendapat banyak pandangan daripada netizen yang merasa kagum dengan bandar ini, terutamanya imej yang memaparkan bahawa basikal-basikal itu tidak perlu dikunci kerana tahap kepercayaan yang tinggi dalam kalangan masyarakat terlibat.

Misalnya, komen dari @skmhome yang menulis, “Saya bukan seorang pengayuh basikal, musim sejuk atau panas, tetapi saya suka melihat basikal yang dibiarkan tidak berkunci di mana-mana. Kepercayaan itu.”

skmhome

Komen dari @MalloryHazell menulis tentang pengalamannya di Finland, “Saya ada menjalani program pertukaran di Finland (Januari – April) semasa pengajian ijazah dan inilah rupa rak basikal yang digunakan di universiti! Saya juga turut menyewa basikal untuk semester itu dan melakukannya”

MalloryHazell

Komen dari @DougWedel pula menulis “Tiada tempat letak basikal di dalam bangunan, tiada bumbung. Menarik!”

DougWedel

Selain itu, terdapat juga komen dari pengguna yang berkongsi pengalamannya tentang berbasikal di musim sejuk, @pawelekg menulis, “Berbasikal pada musim salji ketika cuaca yang sangat sejuk adalah hebat. Saya pernah melakukannya di Poland untuk berseronok. Cuaca ketika itu adalah sekitar -10 °C hingga -15 °C pada 14 tahun yang lalu. Berbasikal ketika cuaca sekitar 0 °C tidak begitu menyeronokkan. 🙂 Kemudian, salji tidak lagi turun di sini…”

pawelekg

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular