Baru-baru ini, Pixar telah memperkenalkan sebuah filem baru yang mengisahkan tentang persahabatan antara seekor anjing pit bull dan anak kucing jalanan.

Diarahkan oleh Rosana Sullivan dan diterbitkan oleh Kathryn Hendrickson, filem menyentuh hati ini pastinya akan membuatkan air mata anda mengalir dek kerana terlalu terharu dengan kisah persahabatan yang unik itu.

“Sejujurnya, ia bermula daripada video seekor kucing. Saya suka menonton video kucing ketika tertekan. Saya terfikir lalu melukis seekor anak kucing yang sedang melakukan sesuatu yang kucing lakukan,” kata Rosana yang lebih mesra dengan panggilan Rosie.

Tambahnya lagi, “Pada awalnya, saya mahu lukis sesuatu yang menyeronokkan tetapi ia berubah mejadi sesuatu yang peribadi. Ketika membesar, saya sentiasa sensitif dan pemalu. Saya juga mengalami masalah untuk membentuk perhubungan dengan rakan-rakan. Jadi, saya kaitkan anak kucing ini kerana tidak pernah keluar dari zon selesa dan membentuk jalinan. Inilah bagaimana cerita ini bermula.”

Kisah comel ini bermula dengan seekor anak kucing jalanan yang bermata besar sedang berkeliaran di kawasan kejiranan untuk mencari tempat berlindung. Kucing ini kemudiannya menjadikan sebuah kotak yang terletak di lorong belakang sebagai rumahnya.

Pada ketika itulah si kucing telah bertemu dengan seekor anjing pit bull yang pernah didera oleh pemiliknya sebelum ini.

Pada mulanya, kucing berkenaan menunjukkan rasa takutnya terhadap anjing itu. Namun lama-kelamaan, atas kebaikan hati si anjing yang pernah menyelamatkan kucing itu, kedua-duanya mula berkawan baik…

Sementara itu, penerbit animasi ini iaitu Kathryn menjelaskan bahawa kisah berkenaan telah dihasilkan secara 2 dimensi dan ianya sangat berbeza berbanding filem animasi lain yang pernah Pixar hasilkan.

Saksikan video penuh mengenai animasi ‘Kittbull’ di bawah. Pastinya akan menyentuh hati anda!


Disney•Pixar/Youtube

Sumber: Bored PandaDisney•Pixar/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI VIDEO

Video Popular