Lukisan semula bagi wajah anak patung adalah salah satu seni yang semakin mendapat perhatian dunia. Mana tidaknya, kebanyakan daripada artis yang menghasilkan seni ini sememangnya mempunyai bakat yang besar, sehinggakan wajah baharu yang dihasilkan benar-benar mirip wajah manusia yang asli. Bezanya, wajah itu dilukis pada ‘kanvas’ yang dipadamkan di bahagian muka anak patung.

Kebanyakan anak patung dihasilkan dengan kesempurnaan yang diimpikan oleh setiap gadis. Hal ini seterusnya secara tidak langsung telah mempengaruhi cara pemikiran manusia yang sentiasa mahukan rupa paras yang sempurna, dan akhirnya terlupa untuk berbangga dan bersyukur dengan kecantikan semulajadi yang dianugerahkan kepada setiap orang.

Oleh sebab itulah, kita sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang artis dari Ukraine, Olga Kamenetskaya yang memberi sepenuh tumpuannya dalam pengubahsuaian wajah anak patung dan mengecat semula wajah anak patung untuk memberikannya imej realistik yang sepatutnya dibanggakan oleh setiap orang.

Sehingga kini, hasil seni Olga telah membuat ramai orang di seluruh dunia berasa kagum dan terharu sehinggakan dia telah mempunyai lebih dari 60,000 pengikut di laman Instagramnya.

Setiap anak patung terkenal yang anda boleh fikirkan: Barbie, Blythe, BJD, anda namakannya, semuanya telah digubah menjadi karya seni yang sangat realistik, rumit dan unik. Semua butir-butir halus, seperti pori-pori kecil, ketidaksempurnaan kulit, bentuk badan, rambut palsu dan lain-lain butiran yang teliti telah membuatkan hasil seni Olga menjadi tumpuan ramai.

Untuk maklumat lanjut, layari: Instagram | Etsy | Facebook

#1

Olga Kamenetskaya

#2

Olga Kamenetskaya

#3

Olga Kamenetskaya

#4

Olga Kamenetskaya

#5

Olga Kamenetskaya

#6

Olga Kamenetskaya

#7

Olga Kamenetskaya

#8

Olga Kamenetskaya

#9

Olga Kamenetskaya

#10

Olga Kamenetskaya

#11

Olga Kamenetskaya

#12

Olga Kamenetskaya

#13

Olga Kamenetskaya

#14

Olga Kamenetskaya

#15

Olga Kamenetskaya

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular