Meletak kenderaan di tempat yang tidak seharusnya bukanlah suatu perkara yang jarang dilakukan oleh kita. Malah, jika kawasan tersebut merupakan kawasan luar bandar, maka hal ini sememangnya banyak kali berlaku.

Namun, seorang penunggang motosikal yang malang ternyata tidak menyangka ‘hukuman’ aneh yang diterimanya hanya kerana meletak motosikalnya di tempat yang tidak sepatutnya.

 @ndrandrii

Sebelum ini, tular di Indonesia apabila sebuah motosikal milik pemancing yang sedang leka memancing telah diambil kedua-dua tayar motosikalnya. Oleh itu, pengguna Twitter dengan nama @AgusMagelangan berkongsi rasa tidak percayanya kerana pada pendapatnya, perkara sebegitu hanya berlaku di dalam filem sahaja.

Namun, komen untuk kiriman itu ternyata telah menarik perhatian lebih ramai netizen kerana tindakan si pelaku yang agak aneh tetapi lucu. Menurut pengguna akaun Twitter @ndrandrii, rakannya menerima sesuatu yang mengejutkan di motosikalnya setelah meletak motosikalnya di hadapan sebuah warung untuk semalaman.

“Rakan saya juga pernah, meletak motosikal selama sehari semalam di sebuah warung. Pemilik warung tidak menyukainya, jadi tayar motosikalnya diganti dengan kuih donat” tulisnya.

 @ndrandrii

Rupa-rupanya, tindakan pemilik motosikal yang meletak kenderaannya di warung berkenaan mendapat tentangan daripada pemilik warung yang akhirnya menukarkan tayar motorsikal tersebut kepada seketul donat. Aneh sungguh hukuman ini!

Sumber: Liputan 6@ndrandrii/Twitter

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular