Rancangan hiburan dan pertandingan bakat ‘The World’s Best‘ membuka tirai dengan persembahan mengagumkan serta memberi inspirasi daripada peserta Jepun, Manami Ito yang merupakan pemain biola bertangan satu sehingga meninggalkan para hadirin berasa sebak dengan air mata yang mengalir di pipi.

Episod pertama pertandingan bakat dari seluruh dunia, ‘The World’s Best’ yang dihoskan oleh James Corden telah disiarkan menerusi stesen televisyen CBS pada 3 Februari yang lalu dengan dihakimi oleh tiga juri selebriti utama Faith Hill, RuPaul dan Drew Barrymore serta wakil juri selebriti dari seluruh dunia. Dalam episod ini, Manami Ito atau ‘Pemain Biola Ajaib’ memberi persembahan biola yang memukau dengan tangan prostetiknya bersama alunan melodi indah yang menyentuh hati para juri dan penonton.

The World’s Best / YouTube

Menerusi satu klip rakaman video sebelum persembahan menyentuh hati tersebut, Manami berkata, “Saya mula bermain biola ketika berusia 7 tahun sebelum ditimpa kemalangan jalan raya dengan sebuah lori pada usia 20 tahun yang menyebabkan saya kehilangan tangan kanan. Saya tiada pilihan melainkan meninggalkan impian menjadi pemain biola. Saya kehilangan harapan, meninggalkan pengajian dan tidak keluar rumah selama 1 tahun.”

The World’s Best / YouTube

Manami Ito berkata, “Walaupun telah kehilangan harapan, ibu saya telah memberi sokongan dengan berkata, ‘Tolong mainkan biola itu untuk ibu pada suatu hari nanti.’ Dan ibu telah memberi saya semangat itu semula.”

Sebelum persembahan itu Manami berkata, “Saya berasa amat teruja untuk membuat orang mendengar persembahan ini dan berharap ia akan memberi inspirasi kepada semua.”

The World’s Best / YouTube

Dan ternyata Manami Ito telah memberikan persembahan mengagumkan dengan ‘tangan ajaib’ nya dan menyentuh hati para juri sehingga ada yang tidak dapat mengawal titisan air mata mereka daripada terus mengalir.

The World’s Best / YouTube

Juri Drew Barrymore berkata, “Saya fikir anda bukan sahaja berbakat tetapi pandangan anda kepada kehidupan adalah sesuatu yang amat diperlukan oleh dunia.”

Manakala juri Faith Hill yang tidak dapat mengawal rasa sebaknya berkata,”Saya percaya tiada yang lebih kuat melainkan semangat manusia. Apabila anda membuat keputusan untuk melakukan sesuatu, maka ia tidak akan ada batasan. Dan anda telah membuktikannya pada malam ini.”

The World’s Best / YouTube

Juri RuPaul menambah, “Persembahan ini amat indah dan benar-benar telah membuat saya berasa bangga melihat semangat dan keberanian anda mengatasi kesukaran dalam kehidupan. Ini adalah satu pengajaran yang diperlukan oleh setiap orang untuk mempelajarinya.”

The World’s Best / YouTube

Persembahan memukau dan menyentuh hati Manami Ito telah mendapat undian para juri yang telah melayakkannya untuk mara ke pusingan seterusnya pada episod akan datang.

Lihat persembahan menyentuh hati ini di bawah.

Sumber : The World’s Best / YouTube , Pop Culture

Maybe you're interested :

Share

Video Popular