PUTRAJAYA – Pada 19 Februari yang lalu, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pihaknya telah bercadang untuk menaikkan elaun bagi pegawai serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sebanyak RM2 sejam.

Menurut Muhyiddin, cadangan kenaikan elaun bagi pegawai RELA adalah daripada kadar RM7.80 sejam kepada RM9.80 sejam manakala elaun anggota pula dinaikkan dari RM6 sejam kepada RM8.

Siakap Keli

“KDN akan cuba usahakan supaya kenaikan itu dilaksanakan tahun ini. Namun, ia bergantung kepada kelulusan Kementerian Kewangan kerana ia melibatkan peruntukan tambahan RM10 juta setahun berbanding peruntukan sedia ada RM40 juta setahun.”

Bernama

Tambah Muhyiddin, “Saya fikir kadar itu tidak terlalu melampau dan boleh diusahakan. Malah, saya sendiri akan menghantar surat sokongan kepada Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan berharap dapat diluluskan,” kata beliau dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun RELA Ke-47.

Dalam ucapan beliau, Muhyiddin turut menyatakan cadangan untuk menaikkan elaun itu dibuat selepas mengkaji kos sara hidup dan kebajikan seramai 3.1 juta anggota RELA bersama keluarga masing-masing.

Kosmo

“Terima kasih kepada RELA yang saya kenali sejak saya di sebelah sana lagi sehinggalah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 di mana rakyat membuat keputusan memberi mandat kepada Pakatan Harapan. Saya berharap RELA akan memberikan sokongan padu kepada kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.”

Sumber: Bernama, pressreader

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular