Buah nanas sememangnya popular. Bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Sebab itu ia merupakan buah-buahan tropika ketiga terpenting di pasaran antarabangsa. Disebabkan itu, ramai yang mula menceburkan diri dalam tanaman buah nanas.

Seperti Abdul Rahman Ahmad, 53, yang sanggup berhenti kerja asalnya pada dua tahun yang lalu untuk mengusahakan tanaman nanas. Abdul Rahman tidak pernah menyesal berbuat demikian, malah beliau kini patut berbangga dengan dirinya kerana menjadi usahawan yang berjaya.

Sinar Harian

Beliau mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman di Pontian selepas berhenti kerja di sebuah kilang di Johor Bahru untuk mengusahakan tanaman nanas MD2 dengan mengusahakan tanaman tersebut di atas tanah seluas 0.8 hektar bermula pada 2017 walaupun pada awalnya menghadapi masalah.

Nanas MD2 atau Ananas Comosus, varieti nanas tersebut sangat popular di negara ini sehingga diibaratkan sebagai antara sumber kekayaan baharu. Nanas tersebut kini sudah mendapat tempat di pasaran antarabangsa khususnya di China.

Carousell

“Dengan wang simpanan bekerja dikilang sebelum ini, saya beli anak benih nanas MD2 dengan pengusaha di Simpang Renggam, Kluang.

“Pada awalnya, saya tanam 2,000 pokok nanas MD2 yang mengambil tempoh matang 12 bulan yang dipasarkan secara terus kepada orang ramai di Kampung Parit Panjang,” katanya.

Menurut Utusan, Abdul Rahman menjual kira-kira 1,000 biji nanas setiap minggu dengan bantuan isterinya, Maslinda Mastor yang berusia 41 tahun. Harga buah bergantung kepada saiznya, tetapi biasanya dijual dari RM2 hingga RM4 sekilogram.

“Pelanggan saya bukan orang Johor sahaja tetapi Melaka, Perak, Kuala Lumpur dan Singapura. Nanas kami turut menjadi pili­han pelanggan yang menyambut Tahun Baharu Cina,” tambahnya.

Kedudukan strategik kebunnya yang terletak di persimpangan Jalan Parit Sikom-Parit Panjang ke Felda Bukit Batu yang merupakan laluan keluar masuk melalui Tol Se­denak di Lebuh Raya Utara Selatan memberi kelebihan kepadanya.

Utusan

Jalan utama di situ menjadi laluan penting kepada penduduk dan orang ramai sekali gus memudahkan jualan. Menurut Abdul Rahman, untuk memberi kepuasan kepada pe­langgan terutama pelancong, mereka juga diberikan peluang memilih dan memetik sendiri buah nanas MD2 di kebun.

Sumber: Utusan, Sinar Harian

 

 

 

 

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular