Kucing memiliki pelbagai corak yang berbeza. Banyak kucing memiliki corak yang unik dan comel. Seperti kucing yang dikenali sebagai Lilly ini, Lilly memiliki bulu warna hitam di sekitar matanya. Hal ini membuatkan Lilly seperti memiliki bulu kening.

Lilly berusia 4 tahun dan memiliki halaman Instagramnya sendiri. Apabila pemiliknya memuat naik gambar Lilly di Instagram milik Lilly, ramai yang teruja melihat Lilly yang memiliki corak bulu seakan-akan bulu kening.

Lilly merupakan kucing biasa dan normal seperti kucing-kucing lain. Tetapi bulu warna hitam di sekitar mata yang kontra daripada bulu lain membuatkan Lilly seakan-akan memiliki bulu kening yang lebat.

Inilah Lilly, lihat ‘bulu keningnya’ itu

Tetapi ‘bulu keningnya’ tidak berada di posisi yang sepatutnya, ke bawah sedikit

Ada yang mengatakan ‘bulu keningnya’ itu seperti karakter angry birds, dan dengan mata yang bulat ia menjadikannya lebih mirip

Daripada setiap sudut ‘bulu keningnya’ jelas kelihatan

Setiap hari pemiliknya akan memuat naik gambar Lilly di media sosial 

Walaupun gambarnya kelihatan seperti biasa, tetapi ‘bulu keningnya’ itu telah menarik perhatian ramai orang yang melihatnya

Sumber: @lilly_crazyeyes|Instagram

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Aneh INSPIRASI Ria

Video Popular