Peluang kedua adalah sesuatu yang sukar untuk diperolehi. Itulah sebabnya apabila kita mendapatkannya, kita perlu melakukan sehabis baik untuk memastikan hasilnya memuaskan hati semua pihak yang terlibat.

Berbicara tentang peluang kedua, seorang remaja dari Oklahoma, Darci Lynne Farmer pastinya memahami kepentingan untuk mendapatkan satu lagi peluang. Pada tahun 2017, Darci telah memenangi “America’s Got Talent” musim ke-12 dengan gabungan kemahiran menyanyi dan ventrilokismenya yang luar biasa. Tetapi ketika dia kembali ke siri spinoff, “America’s Got Talent: The Champions,” Darci malangnya, telah tersingkir pada episod yang kedua.

America’s Got Talent/Youtube

Darci pada ketika itu berasa sungguh kecewa. “Peluang untuk mendapat gelaran itu telah hilang,” katanya. Namun, keajaiban telah berlaku apabila dia menerima peluang yang kedua. Anda boleh membayangkan betapa gembiranya gadis yang berusia 14 tahun itu apabila dia dijemput untuk kembali ke acara itu sebagai wild card – peluang kedua!

Kali ini, dengan menggunakan seluruh kemampuannya, disamping membawa bersama “objek bertuahnya”, seekor patung arnab bernama Petunia yang membantunya memenangi gelaran juara sebelum ini.

America’s Got Talent/Youtube

Jelas sekali bahawa semua penonton gembira dengan kemunculan semula Darci apabila Darci menerima tepukan yang hangat apabila dia muncul di atas pentas, bersama dengan keyakinannya yang menggunung. “Petunia, apa yang akan kamu nyanyi hari ini?” tanya Darci kepada patung arnab tersebut.

“Baiklah, saya mahu menyanyi opera Itali,” kata Petunia. Para juri tidak tahu bahawa Darci dapat menyanyi lagu opera, apalagi melakukannya tanpa menggerakkan bibirnya. Genre itu begitu sukar untuk dilakukan dengan sendirinya tetapi melakukannya dengan cara ventrilokisme? Hal ini kelihatan mustahil!

America’s Got Talent/Youtube

Tetapi Darci berjaya membuktikan kemampuan dirinya di hadapan semua orang! Melalui Petunia, remaja itu menyanyikan lagu soprano aria, “O Mio Babbino Caro” dengan indah, memperlihatkan jangkauan vokal yang luar biasa untuk seseorang yang mulutnya tertutup.

Hanya beberapa saat setelah memulakan pertunjukannya, penonton sudah mula berdiri dan memberikan tepukan yang gemilang untuknya.

Para hakim turut memberikan tepukan gemuruh kepadanya kerana bakat Darci memang luar biasa!

America’s Got Talent/Youtube

“Ini, untuk banyak sebab, adalah persembahan terbaik anda,” puji Simon Cowell. “Saya rasa anda boleh menang malam ini.” “Anda berhak mendapat segala-galanya dan banyak lagi,” tambah Mel B. “Anda telah melalui seluruh musim AGT dan anda masih mengejutkan!” Kata Howie Mandel.

Sukar untuk percaya bahawa Darci tidak menerima apa-apa bimbingan profesional; gadis itu hanya belajar sendiri! Itulah yang membuatnya menjadi pesaing yang hebat. Darci mungkin telah disingkirkan sebelum ini, tetapi dia pastinya telah mendapat kembali tempatnya di acara itu.

Tonton persembahan Darci yang mengagumkan di bawah ini, dan sama-sama kagum melihatnya!


America’s Got Talent/Youtube

Sumber: Inspire MoreAmerica’s Got Talent/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular