BBC Watchdog melaporkan menemui ais yang dihidangkan kepada pelanggan dalam rangkaian restoran makanan segera di Britain didapati telah dicemari oleh bakteria daripada najis. Lebih separuh daripada sampel yang diambil dari restoran makanan segera terkenal termasuk restoran Burger King, KFC dan McDonald’s didapati telah dicemari dengan bakteria.

Penyiasatan seterusnya telah dilakukan berikutan pendedahan terdapat bakteria yang berasal daripada najis dalam sampel ais yang diambil dari rangkaian kafe Starbuck. Bakteria juga telah ditemui dalam air minuman di rangkaian kafe itu.

The Epoch Times / Gambar Hiasan

Menurut laporan tersebut, daripada 10 sampel yang diambil dari tiga rangkaian restoran makanan segera tersebut, 7 sampel ais mengandungi bakteria ditemui dari KFC, 6 dari Burger King dan 3 dari McDonald’s. 5 daripada 7 sampel ais dari KFC yang diuji didapati berada dalam kategori ‘teruk’.

Ketua Polisi dan Pendidikan di Institut Persekitaran Kesihatan Britain, Tony Lewis berkata kepada The Independent, “Apabila kami menemui beberapa sampel ais yang telah tercemar dengan bakteria, anda perlu melihat bagaimana mereka yang bekerja daripada segi pembuatan ais, pengendalian ais sehingga ia berpindah ke tangan pelanggan.”

Reuters / Gambar Hiasan

Menurut Tony lagi, “Dan apabila anda melihat tahap penjagaan kebersihan telah gagal dilaksanakan, potensi penjagaan mesin ais turut dipersoalkan, adakah ia telah dibersihkan dengan baik?”

KFC telah menutup semua mesin ais yang telah dinamakan mengandungi bakteria dalam laporan tersebut. Menurut jurucakapnya, “Kami sedang menunggu keputusan dari sebuah agensi bebas yang melakukan ujian ke atas sampel ais tersebut sekali lagi bagi mengesahkan restoran kami mematuhi segala piawaian kesihatan dan kebersihan yang telah ditetapkan. Ini bagi memastikan kepada pelanggan bahawa pihak kami juga telah memeriksa dan membersihkan kesemua mesin ais dalam rangkaian restoran kami di seluruh Britain.”

Getty Images / Gambar Hiasan

Jurucakap McDonald’s pula berkata, “Tiada apa yang lebih penting melainkan keselamatan pengguna dan pelanggan kami. Pihak kami akan terus mengambil tindakan serta meneliti semula segala prosedur dan latihan. Kami juga akan bekerjasama dengan semua cawangan restoran bagi memastikan segala prosedur dan tahap piawaian penjagaan kebersihan dipatuhi sepanjang masa.”

Burger King juga telah mengambil langkah yang sama setelah laporan ujian tersebut dikeluarkan dengan berkata, “Langkah penjagaan kebersihan dan kesihatan adalah keutamaan kami yang paling penting. Pendedahan dalam laporan ini telah memberi peluang kepada pihak kami untuk mempertingkatkan prosedur dalam latihan kepada kakitangan kami dalam memastikan semua operasi dan keselamatan berkaitan kebersihan di semua rangkaian Burger King adalah mengikut standard dan piawaian yang telah ditetapkan.”

Burger King UK/Twitter / Gambar Hiasan

Pada awal tahun ini, bakteria daripada najis telah ditemui dalam 3 daripada 10 sampel minuman berais dari kafe Starbuck dalam satu program BBC, ‘Watchdog’. Mereka telah menguji sampel ais yang diambil dari 30 cawangan Starbuck, Caffè Nero dan Costa yang merupakan tiga rangkaian kafe terbesar di Britain, sebelum membuat pendedahan tersebut.

Sumber : The Epoch Times

Maybe you're interested :

Share

Video Popular