Wiley si anjing berbaka Dalmation mempunyai corak tompok yang unik di tubuhnya, atau lebih tepat lagi, di hidungnya.

Wiley yang baru berusia satu tahun itu kini menjadi buah hati ramai pengguna internet yang jatuh hati apabila melihat corak hati yang betul-betul berada di bahagian hidungnya.

hi.wiley/Instagram

hi.wiley/Instagram

Pemilik Wiley, Lexi Smith, 26, menggambarkan Wiley sebagai, “anjing yang nakal, kelam kabut, kelakar, manja, penuh rasa ingin tahu, liar, ceria dan bahagia,” dan seperti yang dikatakan kepada Bored Panda, “Tiada gambar yang cukup untuk menangkap personaliti Wiley yang sepenuhnya dan semua yang Wiley maksudkan kepada saya, Wiley adalah kawan baik saya.”

hi.wiley/Instagram

Wiley menemui laluannya kepada Smith, yang tinggal di Colorado, dari Oklahoma pada hari Saint Patrick tahun lepas. Walaupun coraknya yang unik telah membuatkannya menonjol, namun Smith mengatakan bahawa itu bukan alasan dia memilihnya.

hi.wiley/Instagram

“Wiley ditemui bersama 11 ekor anjing yang lain, dan 8 daripadanya adalah anjing jantan, jadi saya mempunyai pilihan yang sukar. Corak hati itu sudah berada di situ, tetapi tidak sepenuhnya terbentuk dan saya percaya bahawa anjing berbaka dalmatian akan berubah corak seiring pertumbuhan mereka. Saya memilih Wiley kerana pembiak itu memberitahu saya bahawa apa yang dilakukannya adalah tidur, bersantai, dan makan, jadi kami sudah mempunyai banyak persamaan.”

hi.wiley/Instagram

hi.wiley/Instagram

Nasib menyebelahi Wiley apabila pemilik baharunya pada ketika itu tinggal di kawasan yang dekat dengan alam semulajadi, jadi Wiley boleh melepaskan sebahagian tenaga mudanya.

Smith berkata bahawa aktiviti mendaki adalah salah satu aktiviti kegemaran Wiley, “Kami sangat bernasib baik kerana tinggal di Colorado dan mempunyai tempat yang paling indah untuk bermain dan meneroka. Wiley suka mendaki atau pergi ke salah satu taman anjing yang besar di sini. “

hi.wiley/Instagram

hi.wiley/Instagram

“Wiley juga menikmati sesi menaiki kereta dan duduk di kerusi penumpang hadapan di mana Wiley dapat melihat pemandangan hadapan seperti seorang pembantu pemandu yang sebenar. Tetapi apabila Wiley mengantuk, Wiley benar, benar-benar SUKA untuk bermanja.”

hi.wiley/Instagram

hi.wiley/Instagram

Namun, seperti anjing berbaka Dalmatian yang lain, Wiley turut mempunyai sikap degil yang tersendiri.

Bagi Smith, dia tidak akan sesekali menukarkan kedegilan Wiley untuk hal yang lain, “Saya sangat bernasib baik dengan Wiley. Wiley mempunyai hati yang terbaik, dan saya tidak bercakap tentang hidungnya. Wiley suka semua orang yang dijumpai dan sentiasa teruja untuk membuat kawan-kawan baru. Wiley agak mudah untuk dilatih dan telah menjadi rakan pengembaraan kecil yang terbaik yang saya dapat. Wiley memerlukan begitu banyak perhatian dan pada dasarnya Wiley melekat pada saya, tetapi itulah yang menyebabkan saya sayang kepadanya.”

hi.wiley/Instagram

Setelah Wiley semakin terkenal di internet kerana rupanya yang unik, ternyata bukan hanya penduduk tempatan Colorado sahaja yang mengenalinya.

“Sesetengah orang mengenalinya sebagai ‘anjing dari internet,’ ramai orang yang melihat hidungnya yang berbentuk hati, tetapi kebanyakannya terkejut melihat anjing berbaka dalmatian. ‘Saya tidak pernah melihat anjing berbaka dalmatian dalam masa yang lama,’ atau ‘Saya tidak pernah melihat seekor anjing dalmatian secara langsung,’ adalah komen yang paling sering saya dengar apabila saya keluar dengan Wiley.”

hi.wiley/Instagram

hi.wiley/Instagram

Keputusan Smith untuk berkongsi Wiley dengan orang ramai di internet bermula dengan cintanya terhadap seni fotografi. “Fotografi selalu menjadi sesuatu yang saya mainkan dan bereksperimen, dan tiba-tiba saya mempunyai anak anjing yang comel yang boleh menjadi model yang sempurna. Saya mempunyai akaun peribadi, tetapi saya mencipta satu akaun yang berasingan khusus untuk Wiley dan idea ini kelihatan seperti cara yang baik untuk menyimpan semua gambar saya bersamanya dan merakam garis masa hidupnya.”

hi.wiley/Instagram

hi.wiley/Instagram

“Semua ini benar-benar bermula sebagai sesuatu yang bermakna untuk saya dan mungkin beberapa orang kawan saya untuk melihat tumbesarannya dan menyimpan kenangan di setiap peringkat dan detik dengan Wiley. Apabila akaun pertama mula berkembang, saya masih ingat saya berfikir ‘Wah, bagaimana jika akaun ini mencecah 5,000 pengikut!’ Saya tidak pernah membayangkan bahawa hal ini akan menjadi kenyataan seperti sekarang. Dan sekarang bilangan itu terus meningkat. Saya sentiasa teruja, terkejut, tetapi kebanyakannya bersyukur. Ini telah menjadi satu pengembaraan kecil yang menyeronokkan, itu yang pasti.”

Sumber: Bored Panda

Maybe you're interested :

Share

Video Popular