18 Februari yang lalu, seluruh negara dikejutkan dengan berita tentang seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, Nur Qhaisara yang menemui ajal kerana tertusuk pisau secara tidak sengaja setelah terpijak pinggan yang mempunyai pisau di atasnya.

Insiden berkenaan bertambah parah apabila neneknya yang sedang panik pada ketika itu telah menarik keluar pisau sepanjang 15 sentimeter itu dari perut kanak-kanak itu. Tindakan ini telah menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri dan segera dikejarkan ke klinik sebelum dirujuk ke Hospital Parit Buntar di mana mangsa disahkan telah meninggal dunia, lapor BH Online.

wikiHow

Insiden ini ternyata telah membuka mata orang ramai berkenaan tindakan kecemasan yang seharusnya dilakukan apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama. Seorang pengguna Facebook, Bel Nawhen yang mendakwa berkhidmat sebagai jururawat telah berkongsi 8 tindakan yang perlu diambil sebagai langkah rawatan awal untuk mengelakkan risiko kematian berlaku:

1. Mangsa perlu bertenang atau ditenangkan oleh orang sekeliling. Namun, perlu diingatkan bahawa sebaiknya tidak perlu beramai-ramai agar keadaan panik tidak tecetus.

2. Alirkan air bersih di kawasan yang tercedera untuk membersihkan kawasan sekitar selain melihat tahap kecederaan yang boleh dilihat oleh mata kasar.

wikiHow

3. Jika objek telah tiada, beri tekanan pada kawasan luka dengan kain bersih supaya darah tidak keluar.

4. Jika objek masih berada di kawasan luka, jangan mencabut objek berkenaan sebaliknya buat balutan cincin/donat dengan menggunakan kain yang bersih dan letakkan kain berkenaan di sekeliling objek berkenaan kemudian tutup dengan kain bersih yang lain.

Chain Image

5. Beri tekanan yang berterusan pada kawasan luka untuk mengelakkan darah daripada keluar dengan banyak. Tekanan hendaklah tidak melebihi dari 10 minit dan dilepaskan bagi membolehkan aliran darah ke organ yang lain.

6. Diingatkan juga untuk tidak mengikat anggota badan yang tercedera kerana tindakan ini boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak mendapat bekalan darah yang secukupnya.

7. Tinggikan anggota badan yang tercedera dari paras jantung untuk mengurangkan darah dari mengalir keluar.

8. Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999.

Kredit: Wikipedia

Sememangnya insiden sebegini adalah sesuatu yang tidak diingini berlaku tetapi adalah lebih baik untuk kita bersedia dengan ilmu kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Semoga bermanfaat!

Sumber: Bel Nawhen/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular