KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti identiti suspek lelaki warga India yang tular selepas videonya menyamun seorang wanita dalam lif di Stesen Aliran Transit Massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, pihaknya telah berjaya mendapatkan maklumat peribadi suspek yang berusia 26 tahun termasuk alamat rumahnya.

Kredit: Info Roadblock JPJ/POLIS

“Bagaimanapun, kami tidak boleh mendedahkan butiran lanjut suspek warga tempatan itu kerana ia akan menjejaskan siasatan kami dalam kes ini,” kata Mazlan dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Tambahnya lagi, “Hasil siasatan kami mendapati suspek menyamum sebuah kedai serbaneka 24 jam pada kira-kira 6.30 pagi itu berhampiran stesen MRT berkenaan sebelum menyamun mangsa di dalam lif”.

Pada Khamis lalu, tular sebuah video berdurasi 57 saat mengenai seorang wanita berbangsa Cina berusia 48 tahun yang dipukul, ditumbuk serta ditendang oleh suspek dalam kejadian samun di sebuah lif stesen MRT Taman Mutiara, Cheras. Suspek telah mengambil beg duit mangsa berisi kad pengenalan, kad ATM dan wang tunai sebanyak RM400.

Kredit: Info Roadblock JPJ/POLIS/Facebook

Insiden menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan dengan bengkak di bahagian dahi serta badannya. Sebelum itu, suspek telah menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam yang terletak sekitar 500 meter dari stesen berkenaan pada jam 6.45 pagi iaitu sekitar 15 minit sebelum menyamun mangsa.

Suspek bagaimanapun telah diberkas polis sekitar jam 8.10 malam pada 18 Februari. Kini, suspek sedang disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan semasa menyamun.

Kredit: Bernama News Channel

Jika sabit kesalahan, suspek bakal berdepan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda dan juga sebatan.

Sementara itu, Malay Mail  melaporkan bahawa pihak Prasarana Malaysia Berhad telah mengambil langkah keselamatan di stesen-stesen MRT agar kejadian seperti ini tidak berulang.

“Kami telah meningkatkan jumlah ahli Special Action Taskforce (SAT) di kawasan panas. Pasukan SAT adalah unit khas yang ditubuhkan oleh jabatan keselamatan Prasarana dan ahli-ahlinya akan memakai pakaian biasa ketika sedang menjalankan tugas rondaan”.

Sumber: Free Malaysia TodayBernamaMalay Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular