SIBU – Seorang askar telah ditangkap pada 17 Februari lalu kerana didapati mencetak sejumlah RM4,000 wang palsu untuk kegunaan majlis perkahwinannya. Menurut The Sun, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata bahawa suspek dipercayai telah melakukan jenayah dengan menggunakan mesin pencetak di pejabatnya pada awal bulan ini.

ACP Stanley Jonathan Ringgit (kanan) | Kredit: Berita Harian

Laporan yang dikeluarkan oleh New Sarawak Tribune, suspek yang berusia 28 tahun itu merupakan seorang askar yang telah berkhidmat selama 7 tahun. Difahamkan bahawa wang palsu berkenaan diberikan kepada tunangnya untuk kegunaan perbelanjaan majlis perkahwinan mereka yang bakal berlangsung pada bulan Mac ini.

Walau bagaimanapun, kegiatan licik suspek terbongkar selepas membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa dia menerima wang palsu apabila mengeluarkan wang daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank. Menurut ACP Stanley, suspek berharap agar wang yang palsu tersebut akan digantikan dengan wang tulen oleh pihak bank.

“Suspek sebenarnya memang ada mengeluarkan wang RM4,000 daripada mesin ATM bank berkenaan Jumaat lalu bagi kegunaan perbelanjaan perkahwinan tetapi menyerahkan wang yang disyaki palsu kepada tunangnya,”​​​​​​​ katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berita Harian melaporkan bahawa 55 keping wang kertas bernilai RM50 dan RM100 telah dirampas oleh polis. Manakala satu wang kertas RM100 tulen dan pencetak yang digunakan oleh suspek juga turut diambil untuk siasatan. Suspek direman selama empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita HarianNew Sarawak Tribune

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular