Dalam dunia yang semakin mencabar pada hari ini, bukan satu tugas yang mudah bagi seseorang itu mencari pekerjaan. Tambahan pula apabila terpaksa bersaing dengan para graduan lepasan universiti atau mereka yang mempunyai kelayakan yang hampir sama dengan anda. Dan peluang itu tidak selalu datang, maka apa yang membezakan ialah bagaimana anda mempromosi diri kepada bakal majikan.

Seorang pencari kerja bernama Azmil Hakim telah mendaftarkan dirinya di dalam laman portal LinkedIn untuk mencari pekerjaan baru, seperti mana para pencari kerja lain.

Azmil Hakim/LinkedIn

Walau bagaimanapun, pendekatan Azmil adalah amat berbeza dan penuh kreativiti berbanding cara tipikal pencari kerja lain di dalam halaman pencarian pekerjaan itu dan cara dia mengambil risiko ternyata berbaloi apabila post itu menjadi tular.

Bersama unsur yang humor dan melucukan di dalam permohonannya, Azmil Hakim memulakan mukadimah dengan menulis :

“Hi, saya sedang mencari penemu duga yang sesuai untuk mengisi tempat duduk ini.”

Azmil Hakim/LinkedIn

Baru-baru ini, post itu menjadi tular di Linkedln dan mendapat perhatian dunia apabila seramai lebih 15,000 netizen yang suka dengan 886 memberi komen. Ia telah menerima reaksi positif daripada bakal majikan yang kemudian memintanya menghantarkan vitae kurikulum. Apa yang lebih hebat dan mengejutkan terdapat majikan dari syarikat besar yang memberi perhatian kepada post Azmil dan mula menawarkannya pekerjaan.

Azmil Hakim/LinkedIn

Seorang bakal majikan menulis, “Promosi diri yang cemerlang dan kreatif. Anda seorang pemuda yang luar biasa. Ramai CEO di luar sana hanya dikenali setelah majalah FORBES mengiktiraf mereka sebelum mendapat suka dan memberi komen. Tetapi kamu dengan mudah mendapat sokongan dan komen yang positif. Mengagumkan.”

Majikan dari sebuah syarikat antarabangsa menulis, “Ini adalah pendekatan paling kreatif untuk diterima bekerja. Bayangkan sumbangan yang boleh diberikan oleh anak muda yang kreatif ini kepada syarikat kami. Rakan di Asia Tenggara, apa pendapat kamu?”

Seorang lagi menulis, “Saya tidak pernah membaca komen bagi post melainkan memberi komen ini kepada anda. Bersedia menjadi pemula trend bagi pencari kerja lain di media sosial. Jangan terkejut apabila ramai yang akan mengikut jejak dan pendekatan anda di LinkedIn selepas ini. Benar-benar memberi inspirasi dan amat kreatif pada masa yang sama. Semoga berjaya. Satu hari mungkin kita boleh keluar minum bersama.”

Dan kebanyakan bakal majikan ini meminta Azmil menghantar resume dan vitae kurikulum kepada mereka untuk mengisi kerusi kosong penemu duga itu.

 Azmil Hakim/LinkedIn

Kita semua berasa kagum dan mendapat inspirasi dengan pendekatan di luar kotak pemikiran yang dilakukan oleh Azmil. Pemuda ini mampu menonjolkan diri kepada dunia pekerjaan dengan caranya yang tersendiri, kreatif dan luar biasa. Semoga Azmil Hakim berjaya mendapat pekerjaan dan majikan terbaik yang diidamkannya.

Sumber : Azmil Hakim/LinkedIn

Maybe you're interested :

Share

Video Popular