Anda tahu anda seorang penyanyi yang gah jika ada jenama pereka terkenal dunia menggunakan lagu anda dalam pertunjukan fesyen mereka…

thenewpaper

Inilah yang berlaku kepada penyanyi kebanggaan negara yang menempa nama di persada antarabangsa iaitu Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai. Baru-baru ini, salah satu lagunya telah dimainkan sempena pertunjukan fesyen peringkat akhir Minggu Fesyen New York untuk Oscar de la Renta.

Ketika pertunjukan fesyen itu berlangsung, lagu Yuna berjudul ‘Lullabies’ telah dimainkan sementara model ternama Bella Hadid melalui pentas besar itu sambil menggayakan gaun hitam tanpa tali.

Just Jared Jr.

Untuk pengetahuan, Oscar de la Renta merupakan satu nama yang terkenal dalam industri fesyen dunia. Antara selebriti Hollywood yang pernah menggayakan pakaian dari jenama mewah ini adalah seperti Rihanna dan juga Taylor Swift.

 

View this post on Instagram

 

Megababe @bellahadid & grand finale @oscardelarenta #yunalullabies ✨

A post shared by Yuna ユナ (@yuna) on

Yuna telah mengongsikan detik bersejarah ini menerusi akaun Instagram miliknya dan meraih lebih daripada 80,000 tontonan! Malah, Bella Hadid turut memuat naik videonya sedang berlatih di pentas peragaan berprestij itu.

Lullabies merupakan sebuah lagu yang dihasilkan sendiri oleh anak kelahiran Malaysia ini dan diterbitkan oleh penerbit muzik yang pernah dicalonkan untuk anugerah Grammy iaitu Chris Braide. Chris sebelum ini turut pernah bekerjasama dengan beberapa penyanyi terkenal lain seperti Selena Gomez dan Lana Del Ray.

Sumber: Yuna/Instagram

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular