Seorang bekas model majalah Vogue, Nastasia Urbano yang berusia 57 tahun kini hidup secara gelandangan di jalan-jalan di sekitar bandar Barcelona, Sepanyol. Difahamakan bahawa Nastasia ketika diambang kegemilangan pernah meraih jutaan dolar namun itu semua sudah pun berakhir.

Nastasia pernah menjadi penghias muka depan majalah berkenaan dengan model terkemuka seperti Linda Evangelista menerusi kempen minyak wangi Opium jenama Yves Saint Lauren. Kehidupannya kita bertukar sebaliknya dan dia dikatakan tidur di ruang legar bank-bank di bahagian Utara-Timur wilayah Catalonia.

Dahulu dan kini : Nastasia pada gambar (kiri) ketika kempen mempromosikan wangian YSL pada tahun 1980-an. Manakala (kanan) pula ketika dia diambang kesempitan

Nastasia juga pernah menjadi penghias majalah Vogue (versi Sepanyol) ketika popular satu ketika dahulu  

Seawal usia 20 tahun lagi, jelitawan yang berasal dari Sepanyol ini telah menjadi model penghias majalah Vogue di Eropah, dan dia kemudian berhijrah ke kota New York kerana telah menandatangai perjanjian bersama dengan Agensi Model Ford.

Ternyata dia telah berjaya menempa nama dalam industri yang diceburinya dan menjalani kehidupan yang diimpikan oleh kebanyakan orang.

“Saya sering disunting untuk menjadi penghias kulit majalah dan disenangi oleh ramai orang. Saya dibayar jutaan dolar setahun walaupun bekerja hanya 20 hari sahaja. Ia berlangsung selama 3-4 tahun. Saya juga pernah makan malam bersama dengan Jack Nicholson. Esoknya pula dengan Andy Warhol, danRoman Polanski. Saya juga akan berparti dengan Melanie Griffith, Don Johnson, dan Simon serta Garfunkel.”

“Saya hampir pergi ke majlis perkahwinan Madonna dan Sean Penn kerana pelakon David Keith dijemput. Saya pula ketika itu bercinta dengannya namun pada hari berkenaan kami mabuk dan tidak berupaya untuk bangun. Saya ada semuanya, saya rasa saya seperti permaisuri,” jelasnya.

Kehidupan baru : Nastasia akan tidur di rumah rakannya ataupun akan tidur di ruang legar bank-bank di Barcelona

Dia yang popular satu ketika dahulu sering berparti dengan Melanie Griffith, Don Johnson, dan Simon serta Garfunkel

Nastasia yang sedang ber ‘posing’ untuk majalah Vogue versi Amerika Syarikat ketika akhir tahun 1980-an

Namun, hidupnya mula berubah selepas dia bertemu dengan lelaki yang menjadi suaminya dan bapa kepada anak-anaknya. Dia dikatakan membiayai dan menyara kehidupannya sekeluarga dan akhirnya dia ditinggalkan tanpa apa-apa kecuali pakaiannya.

“Hanya anak-anak saya merupakan perkara terbaik yang berlaku sepanjang tempoh perkahwinan itu, yang lain hanyalah memori buruk. Dia membayar semua keperluan dengan menggunakan duit saya. Baru 2 hari saya kenalinya, dia sudah mula meminta saya membelikan kereta BMW dan saya pula seperti orang bodoh yang menandatangani cek kerana saya benar-benar sayangnya.”

Dia kemudian mengalami depresi kerana berhadapan dengan kesempitan untuk membayar sewa rumah. Dia kini tersepit di antara tidur di sofa rumah rakannya ataupun di ruang legar bank-bank yang mempunyai pintu automatik yang membenarkan pengguna mempunyai akses untuk menggunakan mesin ATM.

“Saya mahu membina kembali hidup saya. Saya letih dengan keadaan sebegini dan perlu meminta wang. Orang di sekeliling saya telah lama pergi. Ia bukanlah satu perkara yang asing bagi saya. Saya mahu anak-anak saya melihat saya dalam keadaan yang baik. Saya mahu pulih dan kembali menjadi manusia dan sekali lagi membanggakan anak-anak saya.”

Nastasia mendakwa bahawa bekas suaminya telah meninggalkannya tanpa apa-apa kecuali pakaiannya

Dia mahu anak-anaknya melihat dirinya dalam keadaan baik

Setelah kisahnya menjadi bualan, maka sekumpulan bekas peragawati pada zamannya dahulu memutuskan untuk membantu Nastasia membina kehidupannya semula. Bekas model, Ruth Schuler berkata, “Ia amat memeranjatkan saya. Tiada siapa yang sangka perkara sebegini boleh berlaku padanya. Nastasia cukup disegani dan sudah mencapai peringkat tertinggi dalam industri.”

“Dia merupakan individu introvert, cantik dan sangat baik dengan orang lain. Kami akan bercakap dengannya dan ambil tahu apa yang diperlukannya,” kata Ruth. Bekas model, Hernando Herrer pula berkata bahawa sesungguhnya Nastasia sudah banyak berjasa pada dunia peragaan dan industri fesyen.

Dia boleh lakukan banyak aktiviti – bukan sahaja model namun boleh terlibat dengan persidangan, memberikan ucapan berkaitan fesyen dan pelbagai lagi. Saya sudi mengajarnya dan bercakap dengan jurugambar dan agensi agar dia boleh bekerja semula.”

Sumber: Daily Mail

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP Kerjaya

Video Popular