Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Tony Fernandes, pihak mereka bercadang untuk membuka sebuah restoran makanan segera yang menawarkan makanan syarikat penerbangan itu tidak lama lagi yang diberi nama Santan.

Economy Traveller

Santan adalah nama menu penerbangan dalam pesawat AirAsia yang memasarkan makanannya sebagai ‘pengalaman bersantap dalam penerbangan gourmet’.

“Saya rasa makanan kami hebat, kami sangat percaya dengan makanan kami dan akan memulakan restoran makanan segera. Ia dipanggil Santan,” katanya.

Nikkei Asian Review

Tony Fernandes berkongsi berita gembiran tersebut jumaat lalu ketika menjawab maklum balas kepada soalan penonton ketika beliau mempromosikan buku autobiografinya yang berjudul “Flying High: My Story: From AirAsia to QPR”, dalam rancangan bual bicara terkenal Amerika Syarikat, Larry King Now.

Beliau menambah, untuk menjadikan penerbangan lebih selesa industri penerbangan AirAsia akan memanfaatkan revolusi teknologi.

AirAsia dikatakan sedang berusaha untuk menggunakan teknologi pengenalan wajah dan teknik keselamatan yang lebih baik. AirAsia sedang bekerjasama dengan kerajaan supaya penumpang boleh mendapat pra-kelulusan dan tidak perlu beratur panjang lagi.

MZine

Antara hidangan popular Santan adalah Nasi Lemak Pak Nasser, Bukhara Chicken Briyani dan Nasi Ayam Uncle Chin. Jadi, kita tidak perlu membuat tempahan tiket penerbangan semata-mata untuk merasai keenakan hidangan makanan dalam penerbangan ini.

Sumber: The Star

 

 

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES Ekonomi NASIONAL

Video Popular