Urusan pembersihan khususnya di rumah pasti memakan masa dan tenaga dengan banyak. Kadang kala tidak sempat langsung untuk dilakukan, lebih-lebih lagi oleh mereka yang sibuk dengan karier masing-masing.

Jangan runsing kerana kami akan berkongsi kepada anda 9 tips pembersihan mudah yang berguna untuk anda.

1. Gunakan garam

Membersihkan dapur (kawasan dapur memasak) kini lebih mudah. Hal ini kerana mungkin terdapat banyak cecair kotoran yang terpercik di kawasan itu ketika anda sedang memasak. Anda hanya perlu taburkan garam di permukaan tersebut dan biarkan sehingga dapur menyejuk. Kemudian sapukan kawasan itu dengan kain.

2. Tajamkan pisau

Jika anda tidak mempunyai pengasah pisau, anda boleh sahaja menggosokkan mata pisau di belakang piring porselain.

3. Kupas lobak merah

Hanya gunakan berus logam. Ia mempercepatkan proses pembersihan dan tidak meninggalkan sisa yang banyak.

4. Serbuk roti

Cara termudah adalah dengan menyejukkan roti di dalam peti ais dan memarutnya

5. Membersihkan telur yang pecah

Untuk menghilangkan kotoran berkenaan, taburkan garam di atas permukaan berkenaan. Segala kelembapan akan diserap selama 5 minit dan anda bolehlah menyapunya selepas itu.

6. Mengekalkan rasa bawang putih 

Bawang putih tidak akan kering jika anda menyimpannya dalam kotak atau bekas semasa ia ditutupi dengan garam kasar.

7. Menghalang parasit 

Selain daripada kayu manis, meletakkan daun bay di dalam bekas gula, roti, dan tepung akan menakutkan serangga seperti semut.

8. Memperbaharui kegunaan barangan lama 

Jika anda mempunyai barangan lama seperti teko lama yang sudah kotor ataupun retak, anda boleh gunakannya untuk menyimpan barangan lain seperti tali atau reben di mana bahagian hujungnya boleh dikeluarkan menerusi ‘hidungnya’. Mudahlah anda ketika ingin menggunakannya nanti!

9. Meleraikan ikatan kasut 

Taburkan sedikit bedak pada ikatan berkenaan dan anda akan dapati kerja untuk meleraikan ikatan itu akan menjadi lebih mudah.

Sumber: Bright Side

Maybe you're interested :

Share

Video Popular