Sekitar minggu lalu, satu soalan telah dimuat naik ke r/AskReddit yang kemudiannya menjadi tular dan meraih banyak respon. Soalan yang diutarakan adalah:

“Apakah kisah berhenti kerja terbaik yang boleh anda ceritakan?”

Soalan ini menjadi trending dan ramai netizen yang tidak henti-henti mengongsikan kisah masing-masing. Namun, terdapat satu respon yang menarik perhatian ramai daripada seorang bekas pengurus.

LiveMint

Menurut bekas pengurus dengan nama shortadamlewis, dia pernah bekerja sebagai pengurus projek secara kontrak di sebuah projek kerajaan yang terletak di Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, bekas pengurus ini diberitahu bahawa kontrak mereka tidak akan diperbaharui dan dia perlu memberhentikan kesemua pekerja termasuk dirinya sendiri setelah diberikan notis lapan jam!

Rackspace

“Perkara pertama yang saya lakukan pada keesokan hari adalah saya meminta semua orang untuk ke bilik mesyuarat dan memberitahu bahawa kami semua tidak lagi bekerja dan hari ini adalah hari terakhir semua orang.”

“Saya meminta semua pekerja menghantar resume mereka kepada e-mel saya dan kami memancarkannya menerusi projektor di bilik mesyuarat.”

Setelah itu, bekas pengurus ini kemudiannya mencetak helaian ‘rujukan’ untuk semua kakitangan dan mereka bersama-sama menghabiskan hari tersebut dengan menulis surat sokongan jawatan untuk satu sama lain.

“Saya memesan piza dan belanja semua orang minum di bar sebelah.”

The Star

Di hari terakhir mereka bekerja untuk projek berkenaan, bekas pengurus yang mengagumkan ini telah mengajak semua kakitangannya untuk menghantar surat sokongan jawatan dan meminta pekerjaan di tempat lain.

Malah, tindakan ini nampaknya membuahkan hasil positif apabila kebanyakan pekerjanya berjaya mendapatkan pekerjaan baharu pada hujung minggu tersebut.

Perkongsian kisah ini mengundang banyak respon positif dan pujian daripada para netizen.

“Inilah kepimpinan yang sebenar.”

“Bagusnya, satu cara terbaik untuk mengubah situasi yang buruk kepada sesuatu yang positif.”

Walrath Recruiting

Satu kisah yang mengagumkan! Seronok rasanya apabila melihat majikan melakukan yang terbaik untuk memastikan kebajikan para pekerja bawahannya. Sungguh memberi inspirasi!

Sumber: World Of Buzz

Maybe you're interested :

Share

Video Popular