Pisau yang tajam memang cukup membantu melancarkan kerja-kerja harian bagi wanita yang menyediakan bahan masakan di dapur, penjual daging di pasar dan lain-lain. Walau bagaimanapun, pisau yang tajam itu akan beransur tumpul dari masa ke masa jika tidak di asah.

Pelbagai petua yang boleh dipelajari untuk mendapatkan pisau yang tajam. Namun begitu, apa yang paling penting ialah teknik mengasah pisau. Jika tersalah teknik, pisau tersebut tidak akan tajam malah menjadi semakin tumpul.

Seorang pak cik telah berkongsi teknik mengasah pisau yang betul dan video tersebut telah menjadi tular di sebuah Facebook. Rupa-rupanya ramai netizen yang tidak tahu atau pun tersalah teknik mengasah pisau sebelum melihat tutorial dari pak cik ini.

Menurut pak cik ini, mengasah pisau mestilah pada satu arah sahaja. Jika menggunakan teknik tolak dan tarik, pisau tersebut bukan sahaja tidak akan menjadi tajam malah semakin tumpul.

Kemudian, pisau yang telah di asah tadi perlu dibetulkan ‘matanya’ dengan menggunakan besi. Untuk membetulkan semula mata pisau, teknik yang betul juga harus dilakukan.

Menurut pak cik ini lagi, pisau itu perlu digeserkan pada bahagian atas dan bawah besi dengan cara berselang-seli dan tidak perlu terburu-buru.

Mari lihat video tutorial mengasah pisau dari pak cik ini. Selamat mencuba!

Sumber: FACEBOOK | KAKI VIRAL

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular