KEDAH – Selama 15 minit keadaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Bukit Kayu Hitam menjadi kecoh selepas orang awam warga Thailand bertindak menutup pintu sempadan Malaysia-Thailand pada pagi Ahad, 17 Februari yang lalu.

Dilaporkan dua orang awam warga Thailand bertindak sedemikian sebagai tanda protes kerana tidak berpuas hati dengan penguasa tempatan negara mereka yang melaksanakan Ops Bersepadu.

Walau bagaimanapun, suspek yang berjaya melarikan diri tersebut sebenarnya telah tersalah dengan menutup pintu sempadan Malaysia dan bukannya pintu pagar negara mereka sendiri.

Menurut Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah, Zuhair Jamaludin, berkemungkinan suspek keliru dengan kedudukan pintu sempadan tersebut yang terletak selepas ICQS di Bukit Kayu Hitam.

“Kemungkinan mereka keliru dengan kedudukan pintu sempadan itu yang terletak selepas ICQS di Bukit Kayu Hitam.”

“Ramai juga yang terjejas khususnya pemandu treler kerana mereka tersekat di situ namun ramai juga yang berkumpul di situ sebagai ‘penonton’. Bagaimanapun keadaan terkawal kerana pihak kami bertindak segera selepas menerima laporan,” katanya.

Pintu pagar tersebut dibuka semula selepas 15 minit. Menurut Zuhair lagi, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak polis Thailand untuk menjejaki suspek sebelum tindakan susulan boleh diambil terhadap mereka.

Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis, MY METRO

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL NASIONAL

Video Popular