Sarocha Intasai baharu sahaja berusia 9 tahun namun sudah mahir menggoreng ayam dan tahu mengenai selok-belok perniagaan.

Setiap hujung minggu, kanak-kanak perempuan ini yang lebih dikenali dengan nama Bew dalam kalangan ahli keluarganya akan membantu datuk dan neneknya di restoran Aunt Reang yang terletak di Pasar Bang Nam Pueng.

“Pertama kali saya datang membantu nenek menjual makanan ialah ketika saya berusia 3 tahun. Jualan pertama saya ialah namprik (lada kisar),” kata Bew.

Selepas 6 tahun berlalu, Bew sudah mahir dalam banyak perkara termasuklah menggoreng ayam dan menyediakan mi.

Kata Bew lagi, “Kini, nenek membenarkan saya membantunya dengan menjual kari bersama mi beras dan ayam goreng juga.”

Pada usia 9 tahun, Bew tiada pilihan lain selain bekerja demi membantu datuk dan neneknya.

Ibu bapa Bew telah berpisah ketika Bew berusia 3 tahun lagi, Bew tiada pilihan selain tinggal bersama datuk dan neneknya.

Walau bagaimanapun, kehidupan Bew tidak bertambah baik kerana datuk dan neneknya tidak mampu untuk menyara Bew dan dua adik lelaki tirinya yang berusia 4 dan 2 tahun selain moyang perempuan yang berusia 70 tahun.

Walaupun hidup dalam rumah yang sempit, namun bagi Bew itu sudah cukup membahagiakannya.

Datuk Bew bekerja di kilang sementara neneknya bekerja sebagai tukang bersih di Sekolah Wat Bang Nam Pueng. Pada waktu hujung minggu, neneknya bekerja di Restoran Aunt Reang.

Bew masih muda tetapi sudah tahu betapa besarnya usaha yang telah dilakukan oleh datuk dan neneknya untuk membesarkan dia dan adik tirinya.

Disebabkan itulah, Bew dengan rasa penuh tanggungjawab menawarkan bantuan kepada neneknya di restoran.

“Datuk dan nenek bekerja keras untuk menyara setiap orang. Jika adik-adik saya tidak mempunyai duit, saya akan memberikan elaun saya kepada mereka,” kata Bew.

“Jika saya bermain, saya tidak akan mendapat duit. Jadi, lebih baik saya bekerja.”

Sumber: SARNRAK

Maybe you're interested :

Share

Video Popular