INODNESIA – Kajian saintis dari Universiti Bristol mendapati Gunung Agung mempunyai sambungan dengan sebuah lagi gunung berapi dikenali sebagai Batur dan bakal mecetuskan fenomena letusan gunung berapi terbesar pada masa hadapan.

Hasil kajian diperoleh selepas Gung Agung meletus pada tahun 2017 sekali gus memaksa 100,000 penduduk dipindahkan ke kawasan yang selamat. Namun, dua bulan sebelum berlakunya bencana ini, berlaku pergerakan mendadak dalam aktiviti gempa bumi di kawasan sekitar.

Express/Gambar Hiasan

Hal yang sama turut berlaku ketika Gunung Berapi Agung meletus pada tahun 1963 dan mengorbankan hampir 2,000 nyawa. Ketika ini, dilaporkan berlaku letusan kecil di Gunung Berapi Batur.

Justeru, para saintis telah mengambil keputusan untuk menganalisis imej satelit dari Agensi Angkasa Eropah (ESA) berkenaan kedua-dua gunung berapi untuk melihat sama ada ianya bersambung atau tidak. Didapati kedua-duanya berkongsi sistem perpaipan yang sama dan mungkin akan meletus sekali gus pada masa hadapan.

Menurut Dr Fabien Albino dari Bristol’s School of Earth Sciences, “Mengejutkan, kami menyedari aktiviti gempa bumi bagi kedua-duanya dan isyarat deformasi bawah tanah dikesan 5km dari puncak, yang membawa maksud magma mungkin akan mengalir ke tepi dan ke atas.”

“Kajian kami menyediakan bukti geofizikal pertama bahawa gunung berapi Agung dan Batur mungkin mempunyai sistem perpaipan yang bersambung. Ini mempunyai implikasi penting untuk meramal letusan dan juga menjelaskan kewujudan letusan sambungan seperti pada tahun 1963.”

Fabien Albino, COMET, University of Bristol

Berdasarkan imej satelit, para penyelidik dapat melihat pergerakan magma telah menolak ke atas sebanyak hampir 10 sentimeter sebelum berlakunya letusan gunung berapi.

“Daripada remote sensing (penderiaan jauh), kami berjaya memeta sebarang pergerakan bawah tanah yang mungkin menjadi petanda bahawa magma baru sedang bergerak menuju ke gunung berapi,” ujar Dr Juliet Biggs.

Sumber: Express

Maybe you're interested :

Share

Video Popular