Gempar seluruh negara apabila satu kejadian samun berlaku pada 14 Februari lalu jam 6:45 petang di stesen MRT Taman Mutiara, Cheras.

Difahamkan insiden berkenaan berlaku di dalam sebuah lif di stesen berkenaan melibatkan mangsa, seorang wanita berusia 48 tahun mengalami kecederaan ekoran dibelasah tanpa belas kasihan, selain kehilangan wang berjumlah RM400.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa berkata bahawa pencarian si pelaku tersebut yang difahamkan seorang lelaki berketurunan India sedang giat dijalankan sementara kenyataan daripada 3 individu sudah diambil.

.

Air Times News Network

Wakil Rakyat Kepong, YB Lim Lip Eng baru-baru ini ada mengumumkan di laman Facebooknya bahawa sejumlah RM10,000 akan diberikan kepada pemberi maklumat berkaitan si pelaku berkenaan sehingga dia akhirnya berjaya ditangkap.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat bolehlah segera ke pejabat beliau ataupun menghantar email padanya menerusi [email protected].

Berikut merupakan rakaman CCTV kejadian berkenaan bagi membantu anda mengenalpasti si pelaku:

Mycrimewatch/Facebook

Sumber: Mycrimewatch/Facebook, Says

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular