KUALA LUMPUR – Nama Malaysia telah berjaya diharumkan oleh seorang kanak-kanak cilik berusia 7 tahun, C. Sree Abiraame yang merangkul 3 pingat emas di Kejohanan Luncur Ais Antarabangsa (ISI) Keempat Timur Tengah yang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 14 dan 15 Februari lalu.

Front Desk

Menurut laporan Bernama, peluncur cilik berkenaan menggondol pingat emas bagi kategori Gaya Bebas untuk kanak-kanak berusia 7-8 tahun setelah berjaya mengumpul sejumlah 5.0 mata, mengenepikan Norin Angela (wakil tuan rumah) untuk pingat perak yang mengumpul 4.0 mata. Manakala pingat gangsa disandang oleh Mizuguchi Hanabi dengan mata berjumlah 3.0.

Pada 14 Februari lalu, kanak-kanak berasal dari Selangor berkenaan turut berjaya memenangi pingat emas dalam acara Luncur Laju sebelum merangkul pingat emas untuk Gaya Bebas dan Gaya Bebas Solo Camp menjadikannya berjaya merangkul sebanyak 3 pingat emas untuk 3 buah acara.

Front Desk

“Saya sangat gembira dengan pencapaian ini. Terima kasih kepada mereka yang telah mendoakan saya. Saya akan terus berusaha untuk kejohanan Olimpik Musim Sejuk tahun 2026 di Milan, Itali”, katanya.

Pelajar Sekolah Antarabangsa Kingsley ini juga bakal menamatkan dua buah lagi acara untuk kejohanan ini, iaitu Gaya Bebas Artistik dan ‘Footwork 1’. “Saya harap rakyat Malaysia akan mendoakan Sree berjaya untuk acara seterusnya”, kata bapanya, B. Chendren.

Pencapaian Sree ternyata sungguh membanggakan. Semasa Kejohanan Luncur Ais Antarabangsa (ISI) Asia di Bangkok pada Ogos tahun lalu, beliau berjaya meraih sebanyak 4 pingat emas, satu perak dan gangsa.

Manakala pada bulan Disember tahun lalu pula, beliau berjaya merangkul 4 pingat emas di Kejohanan Luncur Ais Antarabangsa (ISI) di Shenzhen.

Sumber: Front Desk

Maybe you're interested :

Share

Video Popular