Bertemu dengan orang yang mempunyai latar belakang serta pemahaman yang berbeza menjadikan setiap dari kita adalah unik.

Mungkin kita tidak berpeluang bertemu dengan seseorang dari tempat yang terlalu jauh dari kita namun dengan adanya kecanggihan teknologi dan mereka yang berbakat, kita dapat mengenali budaya, bahasa dan rakyat tempat sesebuah tempat itu dengan lebih dekat.

Terima kasih kepada Magdalena Bagrianow, jurugambar Poland kerana telah berkongsi gambar rakyat tempatan India ketika dia menjelajah ke negara itu. Hasil gambar yang terakam melalui kamera di tangannya itu membolehkan kita melihat sendiri betapa menarik dan mengagumkan rakyat India.

Mari lihat 10 gambar rakyat tempatan India yang menawan dan mengagumkan! Anda boleh melihatnya lagi di Instagram.

1. Taj Mahal, lambang keagungan cinta Shah Jahan untuk isterinya yang paling disayangi, Mumtaz Mahal

2. Papu dan Mamtu adalah ibu dan anak dari Bhopa. Kedua-duanya dianggap sebagai antara wanita paling cantik di Rajasthan

3. Gadis cantik Kalbelia bersama adik perempuannya. Gambar ini diambil di pinggir Pushkar

4. Potret kanak-kanak lelaki bersama ular tedung mati ditengkuknya diambil di Kuil Monyet di Jaipur

5. Empat beradik berkumpul di hadapan khemah keluarga mereka di Pushkar

6. Potret kanak-kanak lelaki ini diambil di Pushkar

7. Si pengembala unta

8. Inilah pedagang unta!

9. Salah seorang nenek di Rajasthan

10. Lupakan masalah dan menarilah! Sagina, gadis cantik dari Kalbelia

11. Gadis Gypsy Kalbelia bernama Suman

12. Gambar seorang Sadhu diambil di Pushkar

Sumber: Magdalena Bagrianow

Maybe you're interested :

Share

Video Popular