Telur boleh dimasak dengan cara direbus atau digoreng. Tetapi pernahkah anda melihat telur direbus dengan menggunakan lumpur dan tanpa menggunakan air?

Terdapat satu video yang dimuat naik oleh AroundMeBD di YouTube yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak kreatif menunjukkan demontrasi bagaimana untuk merebus telur dengan menggunakan lumpur.

Mari kita lihat bagaimana mereka melakukannya:

Pada mulanya lubang digali di tebing dan tempat untuk meletakkan telur dibuat pada bahagian atas tebing. Lubang ditebuk daripada bahagian atas sehingga menembusi bahagian lubang bawah.

Telur disusun disekitar lubang yang telah ditebuk.

Selepas selesai menyusun telur, daun diletakkan di atas telur supaya tidak kotor terkena lumpur. Lumpur dilumur di atas daun tersebut.

Lubang-lubang kecil dibuat supaya wap dapat bebas keluar melalui lubang tersebut.

Kayu-kayu yang dibakar diletakkan di dalam lubang di bawah.

Selepas beberapa minit, lumpur dan daun dialihkan untuk mengambil telur yang telah masak.

Telur yang telah siap masak diagihkan seorang satu dan mereka makan bersama-sama. Dengan melihat raut wajah mereka semasa makan, dapat disimpulkan bahawa telur rebus tersebut pasti rasanya enak.

Tonton video tersebut di bawah:

Sumber: AroundMeBD|YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular