Bagi sesiapa yang mencintai aktiviti mencabar, kami pasti aktiviti yang satu ini berada dalam senarai yang tertinggi. Tetapi, tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti ini terlalu berbahaya!

Anachak Chang Pattaya atau lebih dikenali sebagai Elephant Kingdom di Thailand ada menawarkan aktiviti memberi makan kepada buaya yang kelaparan, dan anda akan ditempatkan di dalam sangkar di tengah-tengah kolam buaya!

Tony Dortie – 24/7 Eyes/YouTube

Video pelancong Cina yang sedang berdiri di dalam sangkar di atas rakit di tengah-tengah kolam buaya sambil memberi makan kepada buaya yang kelaparan telah menjadi tular dan menerima banyak kecaman daripada netizen.

Mana tidaknya, seperti yang dirakam dalam video, pelancong yang terlibat terdiri daripada orang dewasa dan kanak-kanak, jadi semestinya perkara ini membimbangkan sesiapa sahaja yang menyaksikannya kerana mereka diletakkan dalam situasi yang berisiko dan berbahaya.

Tony Dortie – 24/7 Eyes/YouTube

Menerusi video itu, beberapa orang dilihat memegang kayu mirip batang pancing yang mempunyai makanan bagi menarik perhatian buaya untuk melompat dan mendapatkan habuan.

Rakaman video yang dirakam oleh pemandu teksi motosikal bernama Jon Nok, dengan segera menjadi tular dan mula mencetuskan kemarahan netizen yang meminta pihak berkuasa untuk menutup tempat pelancongan itu. Selepas video itu tular, pihak polis juga segera menyiasat tempat pelancongan berkenaan.

Tony Dortie – 24/7 Eyes/YouTube

Berikutan hal itu, lesen bagi tempat pelancongan Elephant Kingdom itu kini telah digantung selama 90 hari atas alasan keselamatan. Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Adisorn Promthep mengatakan bahawa aktiviti memberi makan di ladang itu akan membahayakan nyawa para pelancong.

Tony Dortie – 24/7 Eyes/YouTube

Beliau seterusnya menjelaskan bahawa Elephant Kingdom telah melanggar peraturan kementerian di bawah Akta Pemeliharaan dan Perlindungan Hidupan Liar 1992 yang menuntut pengendali zoo awam untuk menjaga keselamatan pelawat dan penduduk yang berdekatan, lapor Bangkok Post.

Bagaimanapun, pemilik Elephant Kingdom, Uthen Youngprapakorn menjelaskan kepada Mirror bahawa mereka hanya membenarkan seramai 15 orang sahaja untuk masuk ke dalam sangkar.

Tony Dortie – 24/7 Eyes/YouTube

Uthen juga menjelaskan bahawa rakit yang berkeluasan kira-kira 5×10 meter yang menampung sangkar itu dilengkapi dengan motor dan kabel yang akan membolehkan para pelancong ditarik dengan cepat sekiranya berlaku sesuatu insiden yang tidak diinginkan. Disamping itu, dia juga menegaskan bahawa sangkar itu mempunyai halangan sehingga di paras dada, tetapi orang ramai yang melihat gambar itu masih percaya bahawa keadaan pelancong yang ditempatkan di kolam buaya itu sebagai terlalu berbahaya.

Tony Dortie – 24/7 Eyes/YouTube

Elephant Kingdom dimiliki oleh Utairatch Crocodile Farm & Zoo Co, yang bertanggungjawab untuk membiak buaya.

Sumber: Elite Readers

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL VIDEO

Video Popular