Penggemar memancing di Lillooet, British Columbia, telah lama ingin menangkap ikan raksasa yang menjadi bualan penduduk tempatan sejak lebih dari 40 tahun.

Oleh itu, apabila seorang pemandu memancing yang berusia 19 tahun akhirnya berjaya menangkap ikan raksasa sepanjang 10 kaki itu, dia diangkat sebagai seorang wira tempatan.

Melangkah ke sungai Fraser dengan seorang pelanggan pada 23 Ogos 2016, pemandu Monster Adventures yang berasal dari Kanada, Nick McCabe telah mendapat tuah yang menakjubkan apabila dia melihat ikan sturgeon putih seberat kira-kira 650 paun (295 kg) dan panjang kira-kira 10 kaki di sungai .

Selepas dua jam dan 15 minit, McCabe, yang dijuluki dengan gelaran “Sturgeon Whisperer,” akhirnya berjaya menangkap ikan legenda tersebut.

Ikan sturgeon putih yang dikenali sebagai ‘Pig Nose’ oleh penduduk tempatan dianggarkan berusia 80 tahun.

McCabe dan para pelanggannya mengambil gambar kumpulan dengan ikan raksasa tersebut sebelum melepaskannya kembali ke dalam sungai.

Tangkapan ikan tersebut telah mengejutkan penduduk setempat Lillooet-walaupun ikan tersebut telah ditandai dengan mikrocip sebelum ini, tiada nelayan yang pernah berjaya menangkapnya.

Tidak lama selepas itu, McCabe sekali lagi berjaya menangkap ikan yang sama di sungai Fraser untuk kali kedua. Pada 28 September, 2017, McCabe berjaya menangkap ikan sturgeon Pig Nose tersebut yang sudah menjangkau berat 700 paun (kira-kira 318 kg).

Kali ini, McCabe, bersama kliennya dari Texas, menghabiskan sekitar satu jam untuk mencapai prestasi luar biasa. Apabila mereka berjaya menangkap ikan besar tersebut, McCabe merasakan bahawa ikan tersebut adalah ikan yang sama dia tangkap sebelum ini.

“Saya rasa ikan tersebut adalah ikan yang sama,” kata McCabe. “Beratnya semakin bertambah. ”

Menurut Sarah Schreier, pengarah eksekutif Fraser River Sturgeon Conservation Society, lebih daripada 47,000 ekor sturgeon putih boleh didapati di Sungai Fraser, The Star melaporkan.

Sturgeon putih dianggap spesies yang dilindungi dan terancam. Oleh itu, dasar tangkapan dan pelepasan telah ditetapkan untuk penangkapan ikan sturgeon di British Columbia.

“Mereka seperti dinosaur di sungai,” kata Schreier.

Seperti yang dinyatakan oleh Jabatan Pemuliharaan Alam Sekitar Negeri New York, sturgeon telah wujud sebelum dinosaur pertama kali wujud di bumi sekitar 230 juta tahun yang lalu, dan boleh hidup lebih daripada 100 tahun.

Sumber: The Star, River Monster Adventure/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular