Pada tahun 1835, James Newlove telah meminta anak lelakinya, Joshua untuk menggali lubang pada tanah untuk membina sebuah kolam itik. James merupakan pengetua sebuah sekolah lelaki yang terletak di Margate, Kent di United Kingdom.

Bagaimanapun, kehidupan dan karier James berubah dengan serta-merta apabila Joshua mendakwa telah menemui satu laluan rahsia yang dipenuhi dengan butiran mozek daripada cengkerang laut!

Barney Moss/Flickr

Dua beranak ini nampaknya berjaya menemui khazanah misteri yang dinamakan Shell Grotto. Akan tetapi, tiada siapa dapat merungkaikan misteri kewujudannya sehingga ke hari ini. Tiada siapa mengetahui siapa yang membina laluan bawah tanah itu, bila ia dibina mahupun tujuan pembinaannya.

Dalam terowong rahsia ini dipenuhi dengan 4.6 juta cengkerang yang menghiasi dinding dan juga siling. Ianya sungguh unik dan bercirikan simbol-simbol tertentu…

Emőke Dénes/Wikimedia Commons

Adakah terowong ini pernah dijadikan sebagai tempat untuk masyarakat purba bersemayam dan melakukan upacara tertentu? Atau mungkin ianya dijadikan sebagai bilik mesyuarat bagi kumpulan rahsia? Tiada siapa dapat membongkarkan misteri itu.

Sejak James membuka Shell Grotto kepada orang ramai pada tahun 1838, pelbagai teori mula dikemukakan namun tiada satu pun mempunyai bukti mahupun penjelasan kukuh mengenai kewujudannya.

Google Maps

Terletak kira-kira 90 minit dari kota London jika menggunakan pengangkutan keretapi, Shell Grotto terus menjadi tarikan pelancong yang terkenal. Dahulunya ia merupakan sebuah ladang, kini telah berkembang menjadi kawasan jalanraya di bandar.

Shell Grotto kini dimiliki oleh Sarah Vickery yang jatuh cinta dengan keindahan binaan ini ketika mengunjunginya ketika kecil. Justeru, apabila Shell Grotto mahu dijual pada tahun 2001, Sarah terus mengambil keputusan nekad untuk membelinya.

Martin Hearn/Flickr

Jika anda berkunjung ke tempat bersejarah ini, anda akan berpeluang untuk menyaksikan hiasan cengkerang daripada kepah, siput laut, tiram, kerang, siput sedut dan juga siput buluh.

Sejak sekian lama, para pengkaji telah mengemukakan beberapa teori mengenai tujuan pembinaan terowong purba itu. Antaranya seperti tempat upacara pemujaan, gua penyeludup atau mungkin dibina oleh aristokrat pada abad ke-18 sekadar untuk perhiasan.

Ben Sutherland/Flickr

Dalam satu penjelasan terkini oleh Mick Twyman daripada Persatuan Sejarah Margate, beliau merangkumkan bahawa Shell Grotto telah dibina oleh Knights Templar pada abad ke-12 dan ia merupakan sebuah kuil untuk menjalankan upacara Masonic.

Martin Hearn/Flickr

Dalam kajiannya pada tahun 2006 itu turut menyatakan bahawa kubah terbuka itu juga mungkin dibina untuk berfungsi sebagai kalendar solar.

Satu lagi teori dikemukakan oleh Persatuan Arkeologi Kent yang mendakwa Shell Grotto sebagai lombong kapur pada zaman pertengahan. Bagaimanapun menjelang abad ke-17 atau ke-18, lombong ini telah diperluaskan dan dihiasi dengan cengkerang bagi tujuan yang tidak dapat dikenalpasti.

Saksikan video di bawah yang menunjukkan misteri Shell Grotto ini.

Shell Grotto/Youtube

Sumber: Mother Nature Network, Shell Grotto/Youtube

Maybe you're interested :

Share

Video Popular