Saya dibesarkan dalam suasana keluarga tunggal apabila ibu meninggalkan bapa saya setelah menemui lelaki lain. Walaupun bapa saya seorang yang bertanggungjawab kepada keluarganya, tetapi terdapat banyak cabaran dan dugaan dalam hubungan kami sekeluarga.

Apabila bapa saya keluar mencari rezeki, datuk dan nenek telah mengambil alih tugas untuk menjaga saya. Sementara bapa tiada, saya terpaksa melakukan pelbagai tugas di dalam rumah sejak kecil. Saya tidak pernah merungut kerana memahami fizikal dan tenaga orang tua yang menjaga saya tidaklah sekuat mana. Zaman kanak-kanak saya tidak sama seperti kanak-kanak lain.

Gambar Hiasan

Saya sudah merasai kepahitan hidup sejak di usia muda dan walaupun saya datang daripada latar belakang keluarga miskin, saya tidak pernah membandingkan kesukaran kehidupan saya dengan orang lain yang hidup mewah dan selesa. Saya bersyukur kerana masih mempunyai tempat tinggal yang sederhana dan makan pakai yang mencukupi.

Saya bertemu dengan kekasih hati dan mengahwininya setelah dewasa. Saya berpindah ke rumah keluarga suami dan tinggal bersama mereka. Apabila saya bertemu dengan ibu mentua, saya sudah mengetahui ikatan perhubungan kami akan menjadi mesra seperti dia ibu kandung saya. Kami menyayangi satu sama lain seperti mana hubungan ibu dan anak.

Gambar Hiasan

Saya amat sayangkan ibu mentua saya dan menjaganya dengan baik sehinggakan kakak ipar saya berasa iri hati melihat perhubungan kami. Tidak lama kemudian, kakak ipar saya berpindah kembali ke rumah ibunya selepas suaminya meninggal dunia dan kami semua tinggal sebumbung.

Kehidupan kami sekeluarga semuanya berada dalam keadaan yang baik dan harmoni sehinggalah pada suatu hari apabila keadaan kesihatan ibu mentua saya semakin merosot. Ibu mentua semakin uzur dan seakan tahu masanya untuk meninggalkan dunia sudah hampir. Jadi, sebelum dia pergi buat selama-lamanya, ibu mentua saya telah membuat satu wasiat untuk semua ahli keluarganya. Tidak lama selepas itu, ibu mentua saya telah meninggal dunia.

Dalam satu wasiat yang dibacakan, ibu mentua saya telah membahagikan harta dan wang simpanannya kepada tiga orang anaknya secara sama rata, dan saya juga termasuk dalam wasiat itu tanpa disangka-sangka. Saya tidak diberikan apa-apa harta kecuali satu amanah untuk menjaga sebuah pasu tanah liat.

Gambar Hiasan

Saya tidak kisah langsung kerana tidak diberikan apa-apa harta atau wang, tetapi berasa amat terkejut apabila diberitahu saya menerima sebuah pasu tanah liat dan diamanahkan untuk menjaganya. Lima tahun telah berlalu selepas ibu mentua saya pergi dan saya menjaga pasu peninggalan ibu mentua saya dengan baik.

Pada hari itu, secara tidak sengaja saya telah menjatuhkan pasu tanah liat itu ketika sedang membersihkannya. Saya berasa terkejut apabila melihat terdapat sebuah buku bank dengan nama saya bersama serpihan pasu yang pecah. Dan terdapat juga sekeping nota yang tertulis, “Ibu telah lama mengasingkan wang ini untuk kamu. Jumlahnya tidak seberapa tetapi ibu amat berharap ia akan dapat membantu kamu.” Dan nota itu telah ditandatangan oleh ibu mentua saya.

Gambar Hiasan

Hati saya berasa amat tersentuh dan tanpa disedari air mata ini telah mengalir membasahi pipi. Saya tidak sangka ibu mentua saya menyayangi saya seperti mana anak-anaknya yang lain. Ibu mentua saya tidak mahu anak-anaknya berasa iri hati melihat saya juga disayangi, jadi secara diam-diam dia telah bersusah payah menyimpan wang ini dan mengasingkannya untuk saya.

 

Maybe you're interested :

Share

Video Popular