Pada tahun lalu, tular di media sosial mengenai kemudahan mesin ATM khas beras bagi golongan yang kurang berkemampuan di Indonesia.

Terinspirasi dengan inisiatif tersebut, pihak pengurusan Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat yang terletak di Kuala Lumpur berhasrat untuk mengikut jejak langkah berkenaan dengan menyediakan mesin ATM beras bagi golongan asnaf di kawasan sekitar.

Kredit: Facebook Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat

Untuk menggunakan mesin ATM beras yang pertama di Malaysia ini, golongan asnaf hanya memerlukan sekeping kad khas dan menyentuh kad berkenaan pada alat pengesan di mesin tersebut. Setelah itu, bekalan beras sebanyak 2 kilogram akan disediakan dan boleh diambil di ruangan bawah mesin.

Kredit: Facebook Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat

Selain berfungsi sebagai mesin ATM, orang ramai turut boleh menghulurkan sumbangan dengan memasukkan wang tunai ke dalamnya. Wang tersebut kemudiannya akan digunakan untuk membeli bekalan beras.

Sememangnya satu usaha yang murni dan menarik. Semoga lebih ramai pihak akan mengikut dan membantu mereka yang dalam kesusahan dengan menyediakan mesin seperti ini.

Tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan Masjid Al-Akram Kampung Datuk Keramat!

Saksikan demonstrasi tentang cara penggunaan mesin ATM beras berkenaan.

MiLo SuaM/Youtube

Sumber: SAYSMiLo SuaM/Youtube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP NASIONAL

Video Popular