Seorang wanita yang berasal dari Indonesia baru-baru ini tular di media sosial kerana telah bertindak merasa pelbagai jenis jenama sabun buku. Wanita itu, dikenali sebagai Khosik Assyifa telah memuat naik beberapa video yang menunjukkan dirinya merasa pelbagai jenis sabun dengan bersahaja. Difahamkan bahawa videonya telah ditonton lebih 200,000 kali.

Menerusi videonya, dia akan menggosok sabun buku tersebut dengan tangannya yang basah, kemudian tanpa teragak-agak Khosik terus merasa dengan memakan buih-buih sabun yang terhasil. Pada kebanyakan videonya, dia kelihatan sangat menikmati perbuatannya sehingga perkataan ‘enak’ sering keluar daripada mulutnya.

 

View this post on Instagram

 

Hayoooo siapa kemaren yang request sabun GIV???? Ini mulut orang yang kerjaan nyinyir harus di sabun sampai berbusa….

A post shared by Khosik Assyifa (@khosikmubarok) on

Ini bukanlah kali pertama percubaan Khosik bagi merasai sabun kerana sebelum merasa sabun jenama Giv, dia juga telah merasa sabun jenama Lifebuoy dan Lux.

 

View this post on Instagram

 

Sabun lifebuoy…

A post shared by Khosik Assyifa (@khosikmubarok) on

Tabiat pelik Khosik itu mengundang pelbagai debat berkaitan keselamatan memakan sabun. Alice, seorang pakar kesihatan dari Universiti Colombia berkata bahawa sabun secara amnya tidak bertoksik dan kurang berkemungkinan untuk membawa kepada keracunan makanan.

 

View this post on Instagram

 

Enak banget ???

A post shared by Khosik Assyifa (@khosikmubarok) on

Namun, orang ramai dinasihatkan agar tidak memakannya dengan banyak kerana ia berupaya untuk menghalang dan merosakkan saluran penghadaman.

Jadi, jangan suka-suka untuk memakan sabun ya ataupun secara tidak sengaja termakan sabun ketika mandi. Sementara itu, seorang individu daripada The Naked Scientist berkata bahawa sabun bersifat alkali dan mempunyai nilai PH yang tinggi. Ia akan meneutralkan cecair berasid di dalam tubuh lalu mengakibatkan sistem penghadaman kita tidak berjalan dengan lancar.

Sumber: khosikmubarok/Instagram

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN VIDEO

Video Popular