GUANGZHOU – Aktor Stephen Chow mengesahkan bahawa filem aksi komedi Kung Fu Hustle 2 sedang dalam perancangan pembikinan selepas tayangan Kung Fu Hustle pada tahun 2004 meraih kutipan box office sebanyak RM415 juta di seluruh dunia.

Aktor dan pengarah tersohor berusia 56 tahun itu mengesahkannya kepada sidang media dalam satu sesi soal jawab ketika pelancaran filem terbarunya ‘The New King of Comedy’.

Columbia Pictures Sony /Gambar Hiasan

Stephen Chow dalam kenyataannya berkata penggambaran filem Kung Fu Hustle 2 akan dimulakan selepas sekuel filem arahannya ‘Mermaid’ selesai.

Menurut aktor ini, jalan cerita filem Kung Fu Hustle 2 bukan satu sambungan dari filem Kung Fu Hustle yang pertama yang berlaku pada era 1930-an , tetapi lebih kepada kisah zaman moden. Tetapi arahan dan konsep filem Kung Fu Hustle 2 adalah sama seperti Kung Fu Hustle yang pertama.

Columbia Pictures Sony /Gambar Hiasan

Stephen berkata, dalam filem Kung Fu Hustle terbaru ini, dia tidak akan memegang watak utama dan mungkin akan menjadi pelakon dengan watak pembantu yang kecil seperti kemunculan ‘cameo’.

Katanya kepada sidang media tersebut, “Saya mungkin akan memainkan satu peranan dalam watak kecil yang menjadi mangsa buli dan sering dipukul. Saya tidak mampu untuk berlawan dengan baik kerana usia yang semakin tua.”

VCG/Getty Images

15 tahun lalu, filem Kung Fu Hustle menjadi hit box office yang mengisahkan seorang pemuda bernama Sing terlalu terdesak ingin menyertai kumpulan samseng Geng Kapak  yang bermaharajarela di Shanghai pada era tahun 1930-an.

Columbia Pictures Sony /Gambar Hiasan

Sing kemudian bertindak menyelinap memasuki kumpulan samseng itu yang gemar membuat kacau sehingga bertemu dengan para penghuni satu perkampungan yang kesemuanya mahaguru dan mahir dalam kung fu yang diketuai oleh seorang wanita.

Columbia Pictures Sony /Gambar Hiasan

Filem Kung Fu Hustle telah berjaya meraih 6 anugerah di Hong Kong Film Awards dan 5 anugerah dalam Golden Horse Awards di Hong Kong.

Sumber : Daily Mail

Maybe you're interested :

Share

Video Popular