Dilahirkan dengan anugerah seni pastinya akan membantu seseorang mencapai impian mereka. Tetapi, jika dilahirkan dengan adik-beradik yang berseni, adalah anugerah yang tidak terkira!

YouTube

Tiga orang adik-beradik dari Filipina yang lebih selesa menggelarkan diri mereka sebagai TNT Boys, ternyata telah membuatkan semua penonton di seluruh dunia terpegun dengan bakat nyanyian yang mereka miliki. Tambahan pula, dengan gabungan tiga suara yang masing-masing lunak, persembahan lagu milik Beyoncé yang bertajuk Listen itu ternyata telah membuat semua orang terpegun!

Kumpulan adik-beradik yang terdiri daripada Francis Concepcion, Mackie Empuerto, dan Kiefer Sanchez ini bukanlah pertama kali muncul dalam kaca televisyen, mereka malahan pernah muncul di rancangan Little Big Shots dan juga pernah menjadi tetamu persembahan di rancangan terkenal Ellen. Tetapi, persembahan kumpulan ini dalam rancangan realiti CBS, World’s Best, ternyata telah membuka ruang mereka untuk menjadi perhatian lebih ramai orang di seluruh dunia.

The World’s Best/Facebook

Persembahan daripada TNT Boys dimulakan dengan kemunculan berasingan dengan bahagian nyanyian yang berasingan. Siapa sangka suara yang merdu sebegini datang daripada kanak-kanak? Kami yang mendengarnya juga terus terpegun!

The World’s Best/Facebook

Selepas menamatkan persembahan nyanyian dengan jayanya, TNT Boys membuktikan bahawa mereka bukan sahaja dianugerahkan dengan bakat yang luar biasa, malah mereka turut dianugerahkan dengan budi bahasa yang baik sekali. Setiap pujian yang diterima daripada juri akan dibalas dengan ucapan terima kasih dengan bersemangat. Comel sungguh!

The World’s Best/Facebook

Persembahan kumpulan ini pastinya telah menambat hati para juri tetapi bagi Pops Fernendez yang merupakan juri global Filipina, dia tidak dapat menahan rasa bangga dan gembira, “Saya sangat berbangga sekarang kerana mewakili Filipina. Bagi pihak Filipina, tahukah anda? Saya tahu bahawa kamu boleh menjadi ‘The World’s Best’!”

Tonton persembahan luar biasa daripada tiga orang kanak-kanak lelaki yang dikatakan ini, kami pasti anda akan turut teruja!

The World’s Best/Facebook

Sumber: Inspire MoreThe World’s Best/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN INSPIRASI VIDEO

Video Popular