Siapa sahaja yang tidak berasa gementar apabila akan memulakan pekerjaan baru pada hari pertama, kecuali pemuda ini kerana dia dengan penuh keyakinan memulakan hari pertama bekerjanya dengan kejayaan di tempat yang salah.

Pengalaman lebih setahun yang lalu ini telah diceritakan oleh seorang netizen bernama Ezal yang berkongsinya di halaman Twitter, dan oleh kerana ia satu perkara yang agak melucukan maka kisahnya itu telah menjadi tular.

Kisah setahun yang lalu ini diceritakan oleh Ezal yang telah memohon kerja sebagai pembantu kedai makan.

@_EhEzal/Twitter

Ezal menulis, “Sehari sebelum saya mula bekerja, saya telah menghantar pesanan WhatsApp kepada pemilik kedai yang mengatakan saya akan mula bekerja pada keesokan hari. Pemilik kedai ini mengarahkan saya untuk datang bekerja pada jam 7 pagi.”

“Keesokan harinya, saya telah sampai pada jam 7 pagi dan memperkenalkan diri pada seorang pak cik yang sedang menebar roti canai. Saya katakan kepadanya yang saya telah menghubungi seseorang pada malam tadi dan memberitahu akan melaporkan diri pada pagi itu.”

Salaam/Gambar Hiasan

Ezal menerangkan situasi hari pertama bekerja itu, “Pak cik ini memberi renungan tajam yang lama dan kemudian bertanya, ‘Siapa hubungi kamu?’. Dan saya berkata saya tidak pasti siapa yang dihubungi pada malam itu. Jadi, dia pun berbincang dengan isterinya dan selepas itu mereka mengambil saya bekerja.”

Tanpa berasa sangsi, Ezal memulakan kerjanya dengan gigih di gerai roti canai itu sehingga perniagaan itu ditutup pada jam 12 tengahari. Untungnya Ezal dapat bekerja sampai tengah hari sahaja.

@_EhEzal/Twitter

Ezal kemudian menambah, “Saya mula berasa pelik apabila pak cik itu berkata waktu bekerja bermula dari jam 7 pagi hingga 12 tengahari, kerana dalam pesanan WhatsApp itu pemilik kedai menyatakan kedainya dibuka dari jam 7 pagi hingga 5 petang. Tetapi, selepas itu, saya buat-buat tidak tahu sahaja.”

“Kemudian saya baru teringat yang pemilik kedai itu ada menyatakan nama kedai dengan papan tanda “Mi Bandung”. Sebab itulah apabila saya sudah sampai di kedai itu pada jam 7 pagi , pemilik Mi Bandung itu masih bertanya saya di mana, sudah sampai atau belum.”

 

@_EhEzal/Twitter

Secara kebetulan, dua buah gerai itu terletak pada lokasi yang tidak jauh antara satu sama lain. Dan Ezal telah pergi dahulu ke gerai roti canai dan lempeng, sambil tidak terfikir pula untuk ke gerai mi bandung yang sepatutnya menjadi majikannya yang sebenar.

Namun begitu, situasi salah faham itu berjalan dengan lancar sahaja. Setelah dijelaskan oleh Ezal di dalam pesanan WhatsApp, pemilik gerai mi bandung itu siap tergelak besar dan bertanya kepadanya sama ada mahu terus bekerja di gerai roti canai dan lempeng itu atau bertukar kerja di gerai mi bandungnya.

MelRomeo/Gambar Hiasan

Ezal telah memilih untuk terus bekerja di gerai roti canai dan lempeng itu kerana mendapat gaji yang sama seperti yang ditawarkan pemilik mi bandung tetapi waktu kerjanya sehingga jam 12 tengahari sahaja. Untunglah Ezal kerana rezekinya di gerai roti canai dan lempeng itu.

Sumber : @_EhEzal/ Twitter , World of Buzz

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular